window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!

Khairil · Nov 7, 2022 05:00 PM

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 01

Tiada 'drama' dimainkan di pusingan akhir perlumbaan MotoGP 2022 di Valencia, Sepanyol, semalam yang menyaksikan Ducati melengkapkan kempen gemilang selepas pelumbanya, Francesco Bagnaia mengesahkan kejuaraan dunia musim ini.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 02

Francesco Bagnaia

Kejayaan Bagnaia di Ricardo Tormo menyaksikan Ducati menyapu bersih semua gelaran dunia yang ditawarkan pada musim ini termasuk kategori Pengeluar dan Pasukan - gelaran yang disahkan di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih membanggakan buat Ducati, ia adalah kejuaraan kedua jenama motosikal ikonik Itali itu di pentas MotoGP sejak Casey Stoner melakukannya pada 2007. Malah, Bagnaia turut menjadi pelumba kelahiran Itali kedua muncul juara dunia MotoGP sejak legenda yang juga mentor kepadanya, Valentino Rossi melakukannya pada musim 2009.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 01

Mengulas persembahannya di Valencia, Bagnaia mengakui ia bukan perlumbaan terbaiknya malah mungkin terburuknya pada musim ini selepas turut dilanda masalah jentera tetapi dia lega pengakhirannya cukup manis.

Apa tidaknya, sekalipun menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9, ia sudah cukup buatnya mengesahkan kejuaraan dengan pencabarnya, Fabio Quartararo menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 02

"Saya amat gembira, pada hari yang mungkin perlumbaan terburuk saya sepanjang tahun, dalam kalendar MotoGP. Tetapi saya dapat merasai sesuatu yang istimewa," kata Bagnaia yang pernah merangkul kejuaraan dunia kelas Moto3 pada 2018.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 03

"Apabila saya melepasi garisan penamat saya melihat kepada papan tanda yang menyatakan saya adalah juara dunia dan sejak dari itu, segala-galanya nampak cerah, lebih manis dan menakjubkan."

Selain tekanan untuk menghadiahkan kejayaan kepada Ducati, pelumba berusia 25 tahun itu turut mengakui tekanannya ketika perlumbaan meningkat kerana merasakan seluruh warga Itali mengharapkan kejayaan mampu dicapai.

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 04

"Saya merasakan beban di bahu saya untuk memberikan gelaran kepada pasukan, kepada pengeluar, kepada Ducati, kepada Itali," kata Bagnaia. "Ia bukan tempoh yang mudah tetapi apabila saya bercakap dengan Vale (Rossi), dia berkata kepada saya 'Kamu perlu bangga untuk mendapat peluang ini. Bukan semua orang dapat peluang ini.'

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 05

Fabio Quartararo

"Benar yang kamu boleh merasakan tekanan dan merasa takut, tetapi kamu perlu berbangga untuk memperoleh peluang ini jadi cuba dan nikmatinya. Dan saya cuba melakukannya.

"Hari ini (semalam) ia tidak begitu menjadi tetapi saya secara jujur amat gembira. Dia (Vale) adalah mentor kami. Pemimpin kami."

Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022! 06

Alex Rins

Dalam perlumbaan semalam, perlumbaan dimenangi pelumba Suzuki, Alex Rins yang sekaligus menjadi penutup terbaiki buat jenama itu yang tidak akan beraksi di MotoGP musim depan. Tempat kedua menjadi milik pelumba Red Bull KTM, Brad Binder manakala pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin melengkapkan kedudukan podium.

Sumber imej: FB DucatiDucati CorseFrancesco BagnaiaÁlex RinsFabio Quartararo

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda