window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4

Khairil · Dec 11, 2020 07:00 PM

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 01

Model edisi terhad dari jenama Itali, Ducati, Panigale Superleggera V4 yang berharga RM888,000 dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia, hari ini.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 02

Ducati hanya mengeluarkan 500 unit jentera istimewa ini bagi pasaran seluruh dunia dengan nombor siri Panigale Superleggera V4 yang terdapat di bilik pameran Ducati Malaysia ini adalah 210/500.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, edisi ke-210 ini sudah pun mempunyai pemiliknya iaitu ahli perniagaan, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 01

Pemilik siri ke-201 Ducati Panigale Superleggera V4,  Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin bergaya di atas jenteranya.

Berdasarkan maklumat daripada Ducati, Panigale Superleggera V4 adalah motosikal produksi pertama di dunia yang menggunakan struktur galas beban daripada gentian karbon sepenuhnya termasuk di bahagian rangka, sub-rangka, swingarm dan juga roda.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 02

Dengan penggunaan bahan ringan lain seperti magnesium, aluminium dan titanium, berat bersih jentera ini hanyalah sekitar 158.76 kilogram sahaja.

Ia jelas sesuai dengan maksud Superleggera yang membawa maksud 'Super Light', jentera ini 6.80 kilogram lebih ringan berbanding model Panigale V4.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 03

Bagi menepati standard keselamatan dan kualiti tinggi, semua komponen Superleggera V4 diuji 100 peratus menggunakan teknik canggih yang dipinjamkan daripada industri aeroangkasa.

Dari sudut reka bentuk, Panigale Superleggera V4 turut membawakan teknologi MotoGP dengan paling ketara ialah pada komponen winglet (gentian karbon) yang mampu menjana downforce menghampiri 50 kilogram pada kelajuan 270 kmj.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 04

Dari sudut prestasi, ia dijana oleh enjin V-four Desmosedici Stradale bersesaran 998 cc yang menghasilkan kuasa setinggi 224 kuasa kuda dan tork 120 Nm.

Bagi sistem suspensi pula, ia menggunakan fork bertekanan dan penyerap hentak tunggal titanium daripada Ohlins, manakala kuasa pemberhentian pula diserahkan kepada set Brembo dengan angkup Stylema R.

Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4 05

Dengan tambahan penggunaan kit perlumbaan, prestasi Superleggera V4 ini dipertingkatkan kepada 234Hp ditambah dengan mengurangkan berat keseluruhan kepada 152.2kg.

Istimewanya, jika anda adalah pemilik jentera ini, anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menunggang jentera WSBK Panigale V4R dan Desmosedici GP20 di atas litar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda