window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans!

Khairil ยท May 17, 2021 07:00 PM

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 01

Selepas membuktikan kualiti yang dimiliki jentera Ducati di Jerez, Sepanyol, pasukan berpangkalan di Itali itu terus 'mengganas' kali ini dengan menjuarai GP Perancis menerusi pelumbanya, Jack Miller.

Juga baca: Jack Miller - Pelumba Petronas Yamaha SRT pencabar utama kejuaraan MotoGP musim 2021!

Bagi Miller, selepas menunggu lima tahun untuk menikmati kemenangan keduanya di MotoGP, dia hanya memerlukan dua minggu untuk meraih gelaran ketiganya dalam kelas berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 01

Miller (kiri) bersaing dengan Quartararo

Sambil menyifatkan perlumbaan di Litar Le Mans sebagai 'gila' pelumba kelahiran Australia itu bagaikan tidak percaya dia mampu untuk menjadi pemenang selepas turut dikenakan penalti pada aksi berkenaan.

"Seseorang perlu mencubit saya kerana saya fikir saya sedang bermimpi," kata Miller yang menafikan dua pelumba Perancis, Johann Zarco (Pramac Ducati) dan Fabio Quartararo (Monster Yamaha) untuk menaiki podium utama di Le Mans.

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 02

Quartararo (kiri) dan Zarco mengibarkan bendera Perancis

"Sejujur-jujurnya, saya tidak tahu," kata Miller ketika ditanya gambaran mengenai perlumbaan berkenaan. "Kami berlumba dalam keadaan litar kering, kemudian basah, keadaan litar juga agak kotor dan kemudian ada angin juga.

"Keadaan angin juga menjadi faktor yang besar juga. Pada satu ketika, ia adalah perlumbaan yang panjang. Saya berfikir 'ahh, keadaan di sini akan kering', tetapi sejurus Maverick (Vinales) berada di depan saya, hujan renyai mulai turun.

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 03

"Selepas saya memintas Maverick, kemudian Quartararo memintas saya kembali dan kemudian hujan mulai lebat. Saya ingat ia hanya sebentar namun ia sememangnya hujan yang lebat,” kata Miller yang turut meneruskan tradisi pelik pelumba Australia dnegan ‘minum’ menggunakan kasut di atas podium kemenangan.

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 04

Tradisi pelik pelumba kelahiran Australia yang menang di sesuatu perlumbaan diteruskan Miller

Sebagai pelumba dari Australia, Miller sememangnya handal beraksi dalam keadaan litar basah dan kemenangan pertamanya di Assen, Belanda juga berlangsung dalam keadaan hujan.

Juga baca: Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'!

Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi menampilkan sedikit peningkatan selepas kembali menamatkan perlumbaan dalam kelompok pungutan mata di tangga ke-11.

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 05

Ia adalah keputusan terbaik diraih legenda kelahiran Itali itu pada musim ini selepas lima pusingan perlumbaan menjelang perlumbaan di tanah airnya pada 30 Mei ini.

"Minggu ini berakhir dengan positif jika dibandingkan dengan perlumbaan sebelum ini pada tahun ini. Kami boleh mengesahkan penambahbaikkan yang dibuat ketika ujian di Jerez jadi perasaan saya dengan jentera lebih baik.

Ducati menang lagi, Valentino Rossi tonjol 'sedikit' peningkatan di Le Mans! 06

"Saya berpeluang untuk bersaing mendapatkan posisi lebih baik di kelompok 10 terbaik namun keadaan di Le Mans tidak membenarkan saya melakukannya. Saya tidak sabar untuk berada di Mugello selepas ini." - Agensi

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT, Facebook MotoGP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda