window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi!

Khairil · Sep 26, 2022 02:00 PM

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 01

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 02

Jaguh Ducati dan tuan rumah, Alvaro Bautista merangkul kemenangan hatrik dengan mengungguli Pusingan ke-8 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022 di Barcelona, Sepanyol ketika pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak turun beraksi berikutan masalah kesihatan.

Selepas cemerlang memenangi Perlumbaan 1 pada Sabtu, Bautista yang juga pelumba pasukan Aruba.it Racing – Ducati itu terus cemerlang untuk memenangi saingan Superpole sebelum menjuarai Perlumbaan 2 pada Ahad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 01

Ia adalah kemenangan ke-11 untuknya musim ini (Termasuk Superpole) yang sekaligus mengukuhkan penguasaannya di carta pendahulu kejuaraan WSBK 2022 selepas mengumpul 394 mata, kelebihan 59 mata di depan pencabar terdekatnya, Toprak Razgatlioglu dari Pata Yamaha with Brixx WorldSBK.

Pada Perlumbaan 1, mengikuti pelumba kelahiran Sepanyol itu di podium adalah Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) dan Garrett Gerloff (GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team) dan pada aksi Superpole, podium turut diisi Rea dan rakan sepasukannya, Alex Lowes.

Berada di podium pada Perlumbaan 2 pula adalah rakan sepasukan Bautista, Michael Ruben Rinaldi dan melengkapkan kedudukan adalah Razgatlioglu.

"Ia nampak macam minggu yang mudah tapi realitinya, tiada yang mudah," kata Bautista memetik laporan worldsbk.com.

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 02

Alvaro Bautista

"Saya gembira dengan tiga kemenangan di sini terutama saya fikir tahap saingan di sini amat tinggi dan lebih sukar berbanding tiga tahun lalu. Berlumba pada Sabtu dan Ahad, ia perlumbaan yang panjang.

Berbaki 4 pusingan perlumbaan, Bautista begitupun masih enggan untuk meletakkan dirinya sebagai calon utama kejuaraan.

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 03

Bautista (19) dan rakan sepasukannya, Michael Ruben Rinaldi

"Pada akhirnya, saya tidak gemar untuk berfikir mengenai kejuaraan. Saya tidak berfikir mengenainya di awal saingan dan saya tidak berfikir mengenainya sekarang.

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 04

Toprak Razgatlioglu

"Bagi saya, apa yang penting adalah saya merasa selesa dengan jentera. Menikmati setiap sesi latihan, setiap pusingan dan perlumbaan. Saya mahu kekalkan mental seperti ini dan lihat apa yang berlaku di penghujung musim," kata Bautista.

Ducati mengganas di WSBK Barcelona, Alvaro Bautista tapau 3 perlumbaan, tapi Hafizh Syahrin tak beraksi! 05

 Jonathan Rea

Sementara itu, peluang pelumba negara, Hafizh Syahrin untuk memperbaiki kedudukannya terbantut selepas diserang masalah jangkitan saluran pernafasan sebelum saingan. Perlumbaan berikutnya dijadual berlangsung di Portugal pada 8 dan 9 Oktober ini.

Sumber imej: FB Aruba.it Racing - DucatiToprak RazgatlıogluJonathan ReaAlvaro Bautista Arce

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda