window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k!

Khairil ยท Oct 8, 2021 07:00 PM

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 01

Jentera yang baru memasuki fasa produksi di Borgo Panigale Itali pada Mac lalu, Ducati Monster 2022 akhirnya tiba di pasaran Malaysia dengan penawaran harga menarik RM 69,900 (tanpa yuran, cukai jalan dan insuran).

Harga istimewa itu ditawarkan dalam tempoh terhad dengan Malaysia muncul negara kedua memperoleh model Monster generasi terbaharu ini di rantau Asia Tenggara selepas Thailand.

Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pasaran Malaysia, model yang ditawarkan hadir bersama tiga pilihan warna menarik hadir dengan ciri-ciri lengkap termasuk 'Quickshifter'.

Pilihan warna adalah seperti berikut:

  • Ducati Red/Rim hitam
  • Dark Stealth/Rim hitam
  • Aviator Grey/Rim Red GP

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 01

Sebagai model Monster generasi terbaharu, Ducati Monster 2022 tampil lebih ringan dan didakwa hampir 18 kg lebih ringan berbanding model terdahulu selain lebih berkuasa serta berteknologi. 

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

Antara perubahan yang dibuat ialah penggunaan frem 'alloy monocouque', sub-frem gentian karbon, lengan ayun dan rim baharu dengan enjinnya dikatakan 2.6 kg lebih ringan berbanding versi sebelum ini.

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 02

Dari sudut trenkuasa, model ini dikuasakan enjin L-Twin Testastretta 11° 937 cc dengan teknologi Desmodromic yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 111 Hp pada 9,250 rpm dan tork 93 Nm pada 6,500 rpm.

Sebagai perbandingan, generasi terdahulu Monster 821 menghasilkan kira-kira 109 Hp pada 9,250 rpm dan tork 86 Nm pada 7,750 rpm dengan sistem transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Slipper.

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 03

Dari sudut reka bentuk, model terbaharu ini mengalami perubahan namun masih mengekalkan rekaan tradisi Monster yang garang seperti penggunaan lampu depan berbentuk bulat dengan ciri ergonomik turut dipertingkatkan.

Juga baca: Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK!

Selain penggunaan pelana yang lebih tirus, posisi peg kaki diubah bagi memberikan tunggangan dan pengendalian yang lebih mantap. Dan menariknya, ketinggian pelana standard iaitu 820 mm dan boleh direndahkan menggunakan kit khas kepada 775 mm. 

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 04

Dari sudut teknologi, Ducati Monster 2022 ini lengkap dengan ciri-ciri canggih seperti 'Cornering ABS', Kawalan Traksi (TC), Kawalan Wheelie dan 'Launch Control. Tiga mod tunggangan turut tersedia iaitu Sport, Urban dan Touring berserta Smart Power Modes.

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 05

 

Sistem suspensi pula penggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm dengan travel 130 mm manakala suspensi belakang menggunakan preload-adjustable monoshock. Sistem henti menggunakan brek cakera berkembar 320 mm dengan kaliper Brembo M4.32 Monobloc 4 piston (depan) dan cakera tunggal 245 mm dengan kaliper Brembo (belakang).

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 06

Untuk bahagian panel meter, ia menggunakan panel TFT 4.3 inci berwarna dan turut mempunyai sambungan Bluetooth ke telefon pintar menerusi Ducati Multimedia System (DMS).

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k! 07

Informasi lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh termasuk lampu siang (DRL), soket USB bawah pelana dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda