window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni!

Khairil ยท Sep 20, 2022 04:00 PM

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 01

Ducati mempertontonkan jentera kedua dalam siri episod 'Ducati Word Premiere', baru-baru ini iaitu Ducati Monster SP (2023) yang memperoleh kemas kini menarik terutama di bahagian suspensi, brek dan sistem ekzos.

Dengan generasi terbaharu Ducati Monster baru saja dilancarkan tahun lalu (sudah tiba di Malaysia), tiada perubahan dari sudut reka bentuk untuk Ducati Monster SP (2023) ini namun seperti namanya, prestasinya dipertingkat.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai salah satu model dengan harga paling 'berpatutan' daripada Ducati, jentera 'Naked' ini tampil dengan tagline 'Mad for Fun' dan dengan kemas kini yang diberikan, ia didakwa lebih seronok ditunggang.

Juga baca: Ducati Monster 2022 rasmi mendarat di Malaysia, harga asas RM 69.9k!

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 01

Di bahagian suspensi, Ducati memadankan Ducati Monster SP (2023) dengan fork jenis terbalik (USD) daripada jenama Ohlins dengan ciri boleh laras sepenuhnya (model standard fork USB KYB tak boleh laras) yang turut memberikan pengurangan berat sebanyak 600 gram dan berwarna emas.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 02

Kuasa henti turut dipertingkat dengan brek cakera bersaiz 320 mm (depan) adalah 500 gram lebih ringan berbanding versi standard dengan kaliper brek Brembo M4.32 Monobloc digantikan dengan Brembo Stylema.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 03

Sistem ekzos juga ditala dan dipadankan dengan jenama terkemuka, Termignoni yang memberikan bunyi lebih garang dan asyik.

Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 04

Selain itu, antara perubahan yang membuatkan Ducati Monster SP (2023) lebih padu dan hampir 2 kg lebih ringan berbanding model standard adalah penggunaan bateri Lithium-ion selain datang dengan 'Steering damper' dan penggunaan tayar 'kilang' Pirelli Diablo Rosso IV.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 05

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 06

Turut dikemaskini adalah di bahagian elektronik dengan motosikal yang memiliki ciri seperti ABS selekoh, Kawalan Traksi, 'Launch control dan 'Wheelie control' ini turut ditambah dengan mod 'wet' turut diperkenalkan sebagai tambahan kepada mod 'Touring' dan 'Sport'.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 07

Di bahagian kosmetik, dan grafik turut mendapat inspirasi daripada jentera Ducati di pentas MotoGP.

Kepada yang berminat, Ducati Monster SP ini dijadual berada di pasaran pada Januari 2023 tetapi seperti biasa, belum ada perkembangan ia akan 'sampai' ke pasaran Malaysia atau tidak.

Ducati Monster SP (2023) dipertontonkan, fork Ohlins, Brembo Stylema, ekzos Termignoni! 08

Sebagai info, Ducati Monster varian standard ketika dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun lalu dijual pada harga asas RM 69,900 dengan harganya kini meningkat kepada RM 72,900 (asas).

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda