window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'!

Khairil ยท Dec 25, 2021 04:00 PM

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 01

Ducati pada Oktober lalu diberikan hak oleh promoter perlumbaan, Dorna Sport sebagai pembekal tunggal jentera Kejuaraan Motosikal Elektrik (MotoE) bermula musim 2023 dan selepas beberapa bulan, prototaipnya dikenali sebagai Ducati V21L menjalani ujian di litar.

Sekalipun kurang popular berbanding perlumbaan utama MotoGP, MotoE tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri dan semakin dikenali sejak beberapa negara Eropah mengumumkan untuk mengharamkan penggunaan kenderaan berasaskan minyak fosil di masa depan.

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 01

Sejak membuat debut pada 2019, MotoE menjalankan tugasnya dengan baik menggunakan jentera Energica Ego sebelum Ducati mengambil alih tugas berkenaan selepas musim 2022 berakhir.

Dan bagi mendapatkan ujian yang sempurna, Ducati menggunakan khidmat penunggang ujinya di MotoGP, Michele Pirro pada ujian pertamanya menggunakan platform berkenaan.

Juga baca: Ducati 'lambat sangat', Italdesign tampil imej render Ducati 860-E Concept!

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 02

Dan selepas menjalani ujian, ini komen yang diberikan Pirro: 

"Menguji prototaip MotoE di litar sememangnya mencetus keterujaan kerana ia menandakan bermulanya babak yang penting dalam sejarah Ducati.

"Jentera ini ringan dan sudah pun mempunyai keseimbangan yang baik. Lebih daripada itu, sambungan terotel pada fasa permulaan dan juga ergonomik juga amat serupa dengan jentera MotoGP.

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 03

"Jika ia tidak senyap dan ia adalah sebagai ujian, kami memutuskan untuk mengehadkan kuasanya kepada hanya 70 peratus. Tetapi saya dengan mudah dapat membayangkan yang saya sedang menunggang jentera MotoGP."

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 04

Sebagai info, Ducati V21L adalah hasil kerja yang dijalankan oleh Ducati Corse dan jurutera Pembangunan dan Penyelidikan Ducati diketuai oleh Pengarah eMobility Ducati, Roberto Cane.

Ducati mula uji prototaip MotoE V21L, Pirro kata 'ringan', 'seimbang'! 05

Jentera MotoE yang dibekalkan oleh Energica ketika ini adalah seberat 260 kg (jentera MotoGP 157 kg) dengan masa sepusingan hanya setanding dengan jentera Moto3 (250 cc).

Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

Sumber: Motorradonline

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda