window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!

Khairil ยท Sep 16, 2021 01:00 PM

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 01

Mengikuti pelancarannya secara global pada penghujung tahun lalu, Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2021 akhirnya tiba di pasaran Malaysia. Harga yang ditawarkan untuk model 'Adventure' aras tinggi jenama Itali ini adalah RM 135,900 dan RM 146,900 (asas).

Dibawa masuk secara ekslusif oleh pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 dianggap antara model 'Adventure' paling dinantikan penggemar jenama itu di negara ini.

Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 01

Model generasi keempat Multistrada itu datang dengan dua pilihan warna menarik iaitu Ducati Red dan Aviator Grey untuk versi V4 dan bagi V4 S, hanya satu pilihan ditawarkan iaitu Ducati Red.

Dari sudut trenkuasa, enjin yang digunakan adalah V4 Granturismo 90º 1,158 cc, 4 Silinder, 16 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac basah yang lengkap dengan ciri Quick Shift (versi V4 S).

Juga baca: Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK!

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 02

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 170 Hp pada 10,500 rpm dengan tork pada angka 125 Nm pada 8,750 rpm.

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 03

Seperti jentera terbaharu Ducati yang menggunakan enjin konfigurasi V4, Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 tidak lagi menggunakan sistem injap desmodromic yang menyaksikan ia menjadi lebih ringan dan mudah dijaga.

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 04

Berbanding jarak servis berkala yang berada pada jarak perbatuan 30,000 km sebelum ini, ia kini boleh 'dilenjan' sehingga 60,000 km. Untuk penukaran minyak enjin pula adalah setiap 15,000 km.

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Kerangka pula menggunakan jenis ‘monocoque’ dan subframe jenis steel trellis dan digandingkan dengan lengan ayun double-sided jenis aluminium.

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 05

Sistem suspensi pula menggunakan jenama Marzocchi dengan fork jenis terbalik (USD) 50 mm boleh laras sepenuhnya dan monoshock di belakang. Untuk versi V4 S, sistem suspensinya menawarkan ciri boleh laras automatik.

Juga baca: Gadis Ducati di Singapura ini awalnya nak berlagak, namun akhirnya dikecam secara berjemaah!

Sistem brek adalah jenis cakera kembar 320 mm dengan kaliper Brembo M50 Stylema 4-piston (depan) dan cakera tunggal 265 mm dengan kaliper 2-piston (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Cornering ABS.

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 06

Selain mempunyai 4 mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban dan Enduro, antara perbezaan lain Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2021 adalah seperti berikut:

Ducati Multistrada V4 2021 - 

  • Panel skrin TFT-LCD 5 inci berwarna penuh (lengkap dengan Ducati Connect).

Ducati Multistrada V4 S 2021 - 

  • Panel skrin TFT-LCD 6.5 inci (lengkap dengan Ducati Connect).
  • Sistem suspensi elektronik Ducati Skyhook.
  • Sistem radar daripada Bosch dengan fungsi Adaptive Cruise Control.
  • Sistem Vehicle Hold Control, lampu membelok LED, sistem tanpa kunci.

Juga baca: Ducati 'lambat sangat', Italdesign tampil imej render Ducati 860-E Concept!

Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k! 07

Cri-ciri lain adalah kapasiti tangki bahan api 22 liter, sistem lampu LED penuh termasuk lampu siang (DRL) dengan set roda 120/70-19 (depan) dan 170/60-17. Padanan tayar yang dibekalkan Ducati Malaysia adalah jenis Pirelli Scorpion Trail II.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda