window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK!

Khairil ยท Jul 23, 2021 12:00 PM

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 01

Ducati memberi penghormatan terhadap pelumba legendanya Troy Bayliss dengan menghasilkan sebuah jentera edisi istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-20 pelumba itu merangkul gelaran dunia WSBK pertamanya.

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Jentera yang diberikan penghormatan berkenaan dikenali sebagai Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary Edition dan dilancarkan semalam serta sudah pun boleh ditempah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 01

Sepanjang bersama Ducati, Bayliss meraih pelbagai kejayaan gemilang termasuk merangkul 3 kejuaraan dunia WSBK, 52 kemenangan dan mendaki 94 podium.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 02

Tiga gelaran yang diraih pelumba kelahiran Australia itu adalah pada 2001, 2006 dan 2008 - yang meletakkannya sebaris dengan legenda di generasinya - selain menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi perlumbaan MotoGP dan WSBK dalam semusim sehingga kini.

Juga baca: Ducati Malaysia pertontonkan jentera berharga RM880k, Panigale Superleggera V4

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 03

Dan berikutan kesemua kemenangan Bayliss menggunakan jentera V2, tiada model lain yang boleh memberi penghormatan serupa berbanding Panigale V2.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 04

Sebagai model edisi istimewa, Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary Edition menggunakan corak grafik yang diinspirasi daripada jentera yang memberinya kejuaraan dunia pada 2001.

Juga baca: Ducati Hypermotard 950 RVE kini di Malaysia, harga asas RM 80,9k

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 05

Tanpa meninggalkan warna klasik merah Ducati, jentera itu turut dipadankan dengan warna hijau dan putih manakala di bahagian tangki minyak ia turut disertakan dengan tandatangan Baylis dan di bahagian 'triple clamps' dipaparkan nombor motosikal berkenaan.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 06

Untuk menjadikan Panigale V2 ini lebih istimewa, suspensi standard yang menggunakan jenama Showa dan Sachs digantikan dengan suspensi berkualiti paling tinggi dari Ohlins.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 07

Fork menggunakan siri NX30 manakala suspensi belakang menggunakan siri TTX36 dengan Ducati mendakwa penggunaan kedua-dua sistem berkenaan menawarkan lebih ketepatan dan meningkatkan kualiti tunggangan ketika di litar. Selain itu, firma Sweden berkenaan turut menawarkan steering damper.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 08

Untuk menghasilkan kesan yang lebih istimewa, Panigale V2 Bayliss ini menggunakan bateri lithium dan datang dengan pelana tunggal, sekaligus menyaksikan beratnya susut 3 kg daripada varian standard.

Juga baca: Gadis Ducati di Singapura ini awalnya nak berlagak, namun akhirnya dikecam secara berjemaah!

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 09

Selain itu, ia datang dengan grip sport, ekzos titanium dan gentian kaca manakala pelana turut menggunakan tali jahitan berwarna merah selain tekap nombor 21 dan bendera Itali.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 10

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan ia dikuasakan enjin 955 cc Superquadro v-twin yang menghasilkan 153 Hp pada 10,750 rpm dan tork 104.3 Nm pada 9,000 rpm. Seperti motosikal moden Ducati lain, ia lengkap dengan pakej elektronik canggih seperti kawalan gelincir, kawalan Wheelie dan pelbagai lain sistem canggih.

Ducati Panigale V2 Edisi Istimewa Troy Bayliss, penghormatan buat legenda WSBK! 11

Harga untuk jentera istimewa ini adalah £ 17,995 (RM 104,687) dan sudah boleh ditempah ketika ini dengan penghantaran dijadual pada Oktober.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda