window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k!

Khairil · May 29, 2023 11:00 PM

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 01

Ducati Malaysia, hari ini melancarkan dua model yang dianggap varian teratas dalam model masing-masing iaitu jentera 'Superbike' aras tinggi, Ducati Panigale V4 R (2023) dan Ducati Monster SP (2023).

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 02

Tiba sebagai versi teratas, harga yang diumumkan bagi kedua-dua model berkenaan adalah RM 458,900 (asas) bagi Ducati Panigale V4R (2023) dan RM 98,900 (asas) bagi Ducati Monster SP (2023).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 01

Dan ketika pelancarannya yang turut dijalankan sempena perasmian Ducati Kuala Lumpur, unit yang dibawa masuk ke pasaran tempatan cukup terhad iaitu masing-masing 2 unit.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 02

Lebih menarik, salah satu daripada dua unit Ducati Panigale V4R (2023) sudah pun mempunyai pemiliknya.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 03

Mengulas mengenai Ducati Panigale V4R (2023), ia boleh dianggap sebagai jentera Ducati paling hampir menyamai spesifikasi jentera yang digunakan pengeluar Itali itu di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 04

Diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, Ducati Panigale V4R (2023) memperoleh pelbagai naik taraf terutama dari sudut trenkuasa yang lebih bertenaga. Antaranya adalah penggunaan 'connecting rod' titanium dan piston (Diamond Like Carbon) yang didakwa Ducati kali pertama diperkenalkan untuk motosikal jalanan.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 05

Dipadankan dengan enjin 998 cc Desmosedici Stradale R, motosikal ini menjana 218 Hp pada 15,500 dengan rev maksimum pada 16,500 rpm.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 06

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 07

Sebagai antara model aras tinggi, corak grafik dan pilihan warna Ducati Panigale V4R (2023) juga turut mendapat inspirasi daripada jentera MotoGP jenama itu dan turut datang dengan nombor siri khas iaitu '1'.

Selain itu, antara naik taraf lain termasuklah di bahagian teknologi menerusi penambahan tetapan enjin baharu (Full dan Low),  Sistem Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO 2 dan Ducati Quick Shift turut diperhalusi.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 08

Untuk Ducati Monster SP (2023), ia turut diperkenalkan di pasaran global pada September tahun lalu. Sebagai versi SP, ia turut menerima beberapa peningkatan antaranya di bahagian suspensi dan brek.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 09

Berbanding fork jenis terbaik (USD) standard tanpa ciri boleh laras, Ducati Monster SP (2023) dipadankan dengan fork dari jenama Ohlins NIX30 43 mm berwarna emas dengan ciri boleh laras penuh dan lebih ringan.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 10

Sistem brek depan pula digantikan dengan kaliper Brembo Stylema yang mengapit cakera berkembar bersaiz 320 mm. Dan ia juga 0.5 kg lebih ringan berbanding unit yang dipadankan pada varian standard.

Turut menyumbang kepada pengurangan berat adalah penggunaan bateri jenis lithium ion. Justeru berbanding berat 188 kg (Standard), Ducati Monster SP (2023) kini hanya memiliki berat 184.9 kg.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 11

Selain itu, turut dikemaskini adalah di bahagian ekzos di mana ekzos Termignoni datang secara standard dan turut memiliki 'steering damper'.

Di bahagian elektronik, mod tunggangan juga ditambah menjadi tiga iaitu mod iaitu Wet. Ia adalah tambahan kepada mod Sport dan Touring. Selain itu, turut dipadankan kepada Ducati Monster SP (2023) adalah Launch Control.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 12

Trenkuasa dijana enjin Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan kuasa setinggi 111 Hp pada 9,250 rpm dan tork 93 Nm pada 6,500 rpm.

Dari sudut luaran, tiada perubahan rekaan dilakukan untuk Ducati Monster SP (2023) berbanding versi terkini Monster 973. Tetapi, corak grafiknya lebih istimewa dan mendapat inspirasi daripada jentera lumba Desmosedici GP Ducati Lenovo Team.

Ducati Panigale V4R (2023), Monster SP buat kemunculan di Malaysia, 'super' terhad, harga asas RM 458.9k, RM 98.9k! 13

Selain itu, turut dipadankan adalah logo Monster SP berwarna merah di atas penutup tempat duduk pembonceng manakala logo Ducati yang diposisi di tangki menggunakan saiz lebih besar yang mendapat inspirasi daripada model Ducati Panigale V4.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda