window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka!

Khairil · Jun 18, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 01

Ketika ditanya jika beliau berada di Yamaha, adakah jentera spesifikasi lama akan diberikan kepada Morbidelli yang ketika ini menggunakan jentera Yamaha M1 2019, ini jawapan Dall’Igna.

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 02

Sumber imej: MotoGP™

“Ducati tidak akan memperlakukan perkara seperti itu kepada naib juara dunia, memandangkan dalam sukan ini, ia adalah satu aspek utama apabila berfikir dari sudut pasukan dan pelumba," katanya.

Juga baca: Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan!

"Sudah tentu, keputusan seperti itu perlu dibuat sekitar Jun dan Julai dan bukan pada penghujung musim.

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 03

"Saya dapat membayangkan yang Yamaha mendapati mereka sendiri tidak bersedia dan berada dalam situasi yang tidak selesa apabila memperoleh pelumba yang penting dalam kem mereka.

"Tetapi, mereka tidak dapat menguruskannya dengan cara yang terbaik. Malah, saya percaya ia adalah musibah kepada Franco walaupun hakikatnya dia layak menggunakan jentera versi 2021."

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 04

Sementara itu, Morbidelli jelas tampak kecewa dengan persembahannya pada musim ini dan mengakui sukar untuknya bersaing menggunakan jentera spesifikasi 'purba'.

Juga baca: Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli

"Apa yang saya lakukan tahun lalu memberikan saya lonjakan keyakinan," kata pelumba Itali itu. "Tetapi apabila saya tiba di Qatar, saya terkejut besar, kerana kami mendapati yang orang lain terus maju dan kami tidak.

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 05

"Kemudian di Mugello, saya menyedari apabila kamu kehilangan begitu banyak masa di laluan lurus, amat sukar untuk bersaing. Malah, saya juga berbeza dengan pelumba yang menggunakan jenama sama (Yamaha). Dan ia bukan semata-mata prestasi. Situasi itu turut mengubah corak tunggangan saya. Saya tidak boleh menunggang selancar yang saya mahukan. 

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 06

"Setiap perlumbaan sentiasa sukar namun ia lebih sukar bagi saya. Bagi saya, ia bukan saja persaingan dengan orang lain, namun dengan diri saya juga."

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 07

Mengakui gembira dan banyak belajar daripada legenda Valentino Rossi yang juga rakan sepasukannya di Petronas Yamaha SRT, Morbidelli tidak dapat menahan diri daripada merasa cemburu.

Ducati 'tembak' Yamaha, kami takkan 'layan' naib juara dunia seperti mereka! 08

Fabio Quartararo (kiri) dan Maverick Vinales (Kanan)

Juga baca: 'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo

"Saya banyak belajar daripadanya (Rossi)... tetapi saya juga mahu mencuba jentera Yamaha M1 yang baharu, merasa bagaimana menunggangnya. Saya mahu berada dalam 'bot' yang sama seperti orang lain."

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT, Facebook Monster Yamaha MotoGP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda