window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda?

Zamil Syaheer · Jul 3, 2022 04:00 PM

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 01

Ramai rakyat Malaysia gemar membeli aksesori pada kereta mereka. Macam-macam benda ada, baik yang bermanafaat, sekadar gaya, atau menambahkan prestasi.

Namun begitu, satu aksesori yang paling bahaya dan yang kami hairan kenapa ia dijual tanpa segan silu, adalah ‘dummy buckle’, atau alat nyah aktif penggera tali keledar.

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 02

Amaran supaya anda memakai tali pinggang keledar dalam Mercedes-Benz E-Class. Imej dari Car Auto Repair.

Ada sebab kenapa pengeluar kenderaan meletakkan bunyi penggera (‘beep’ / 'chime') sekiranya anda tidak memakai tali pinggang keledar – keselamatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, sekiranya anda tidak tahu (kalau memang betul tak tahu, anda tak layak memandu), pemakaian tali pinggang keledar ketika memandu adalah WAJIB. Tiada hukum lain dah. Namun begitu, masih ramai diluar sana yang enggan memakainya.

Anda adalah ‘dummy’ sebenar

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 01

Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri beberapa tabiat pelik berkaitan pemakaian tali pinggang keledar, antaranya ialah:

  1. Duduk, pakai tali pinggang keledar, lepas tu alih kan tali di bahagian tengah itu kebelakang
  2. Pakai tali pinggang keledar siap-siap, kemudian baru duduk
  3. Dah elok pakai tali pinggang keledar, tiba-tiba buka kerana alasan rasa tidak selesa
  4. Pakai, tetapi sengaja membuatkannya longgar

Saya berharap anda yang baca ini tidak melakukannya, tetapi jika salah satu daripada ini sudahpun menjadi kebiasaan anda, tolonglah ubah mentaliti anda.

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 02

Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS. Imej dari Berita Harian.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang melibatkan 326 responden menunjukkan bahawa 12.9 peratus pemandu atau penumpang kenderaan pernah menggunakan ‘dummy buckle’.

Jika anda rasa ini hanya setakat ujian tahun ini sahaja, kajian yang sama pada tahun lepas sejak 2017 dengan 1,000 responden pula mendapati 30 peratus daripada pemandu atau penumpang pernah menggunakan alat ini.

Kenapa mudah sangat nak beli?

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 03

Tulis je dekat Shopee, terus keluar.

Itulah yang kami sendiri di WapCar – BM hairan. Namun begitu, ini adalah Malaysia, dimana golongan kayangan dan puak VIP selalunya "kebal" imuniti. Ini belum masuk lagi isu plat nombor ‘fancy, alat kononnya jimat minyak tapi palsu semata-mata, minyak enjin palsu, dan pelbagai lagi yang lain.

Juga baca: MIROS: Haramkan jualan aksesori kereta merbahaya

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 04

Pihak MIROS sendiri pernah menaikkan isu ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agak jualan benda sebegini dihentikan, jadi kenapa mereka hanya diam seribu bahasa?

Ada pihak yang sedang mengaut untung dengan mengorbankan nyawa orang, ibarat situasi Covid-19 di Malaysia sekarang?

Ayat biasa yang rakyat kerap kali dengar adalah “kita perlu kaji dahulu”, atau “kita perlu tubuh jawatankuasa dahulu”. Bagi kami, perkara sebegini tidak perlu perbincangan yang panjang.

Lihat sahajalah contoh video-video yang menunjukkan akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Walaupun video ini adalah ujian simulasi sahaja, tetapi kes pemandu atau penumpang tercampak keluar ketika berlakunya kemalangan kerap kali terjadi. Dalam kes sebegini, amat jarang sekali salah satu daripadanya akan terselamat.

Susah sangat ke nak pakai tali pinggang keledar?

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 05

Adakah nilai nyawa anda begitu murah, bawah RM 10 sahaja? Tahukah anda bahawa tali pinggang keledar bekerjasama sekali dengan beg udara untuk menyelamatkan anda sekiranya berlaku kemalangan? Jika tiada salah satu daripadanya, risiko untuk anda terselamat berkurang dengan ketara.

Pada mana yang kata “tak apa, kereta ada airbag, walaupun pakai ‘dummy buckle’”, anda tahu tak yang beg udara itu sendiri boleh membunuh anda jika anda tidak memakai tali pinggang keledar dengan sempurna? Haaa…jangan cakap kami tak bagitau.

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 06

Boleh anda bayangkan, pengeluar kereta menghabiskan banyak masa, usaha, serta kajian untuk mengembangkan sistem keselamatan agar anda kekal selamat ketika memandu, tapi sebab anda menyampah dengan bunyi penggera tali keledar, anda mempertaruhkan nyawa anda, semuanya dengan nilai bawah RM 10 sahaja.

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 07

Kalau beli kereta siap dengan sistem bantuan pemandu ADAS pun, ianya tidak akan membantu anda.

Juga baca: MIROS bakal siapkan litar ujian ADAS sepanjang 1 km menjelang Jun 2021

Konklusi

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 08

Harapan saya pada masa kini dan akan datang ialah jadilah orang yang bertanggungjawab, berhemah, dan berakal ketika memandu.

Anda kena ingat, kita semua berkongsi jalan raya, jika anda terlibat dalam kemalangan, anda dah menyusahkan orang lain. Jika anda tahu rakan-rakan atau ahli keluarga yang menggunakan alat ‘dummy buckle’ ini, nasihati lah mereka.

'Dummy buckle' - punca 30% kemalangan di Malaysia sejak 2017, murahnya nyawa anda? 09

Sekiranya anda melihat platform vendor e-dagang menjualnya, anda boleh memilih untuk tidak menyokongnya, atau lebih baik lagi, buat laporan. Saya pasti apabila tidak siapa yang nak membeli benda bodoh ini, penjualan juga akan berhenti.

Sekiranya anda tidak dapat memahami betapa pentingnya pemakaian tali pinggang keledar ketika memandu, maka anda sebenarnya tidak layak mendapat lesen memandu, dan hak istimewa untuk memiliki kereta. Ubahlah.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda