window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo

Mersita · Apr 10, 2022 04:00 PM

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 01

Dunia trak atau kenderaan berat wujud dalam ‘alam’ yang amat berbeza dengan kereta penumpang. Bagi orang biasa yang hanya melihat kehadiran pelbagai jenis kenderaan berat di luar sana, ia cukup mengelirukan.

Contohnya, Mitsubishi Fuso tiada kaitan langsung dengan kereta penumpang Mitsubishi Motors. Renault Trucks mempunyai latar belakang logo berwarna merah yang berbeza dengan warna kuning pada logo kereta penumpang Renault. Ia juga dimiliki oleh AB Volvo, tanpa kaitan dengan Volvo Cars.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 02

Ia mengenakan logo tiga berlian, tapi ia langsung tidak berkaitan dengan Mitsubishi yang menghasilkan Triton

Dalam entri kali ini, kami ingin perkenalkan secara ringkas kenderaan berat yang tampil dengan logo serupa pada kereta anda, namun sebenarnya menjadi sebahagian daripada hubungan berbelit-belit antara syarikat yang sepertinya tiada kaitan antara satu sama lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum kita mulakan, elok ada pengenalan ringkas pada hierarki dalam dunia kenderaan berat. Mercedes-Benz, Scania, dan Volvo adalah trio ‘The Big 3’ dalam industri pengeluar kenderaan berat. Mereka menghasilkan trak/lori 18 tayar yang setaraf dengan S-Class, antaranya Mercedes-Benz Actros, Volvo FH, dan Scania 770 S.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 01

Edition 2 Mercedes Actros, setaraf dengan kereta penumpang AMG Edition 1

Ya, Sweden lebih maju dan berjaya dalam dunia kenderaan berat berbanding Jerman. Walaupun Saab sudah tiada, namun semangat juangnya diteruskan oleh Scania – juga menjelaskan sebab logo Scania lebih kurang sama dengan logo Saab.

Jika Actros ialah lori ala-S-Class, Scania 770S pula lori ala-Rolls-Royce.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 02

Scania 770S dianggap setaraf dengan Rolls-Royce dalam dunianya

Volvo Group (disenaraikan sebagai AB Volvo) diusahakan secara berasingan dengan Volvo Car Group, walaupun kedua-duanya jatuh di bawah naungan kumpulan Geely.

Kenderaan berat Mercedes-Benz dibina oleh Daimler Trucks AG, yang baru-baru ini diasingkan dari Mercedes-Benz Group AG yang mengendalikan perniagaan kereta penumpang dan van.

Di bawahnya pula ialah syarikat yang boleh disamakan seperti kereta-kereta Toyota dan Honda biasa, iaitu trak lebih kecil keluaran Hino dan Isuzu. Namun, sama seperti Toyota yang menghasilkan Century V12, Hino dan Isuzu juga mempunyai rangkaian kenderaan berat untuk perjalanan jauh seperti Hino 700 dan Isuzu Giga.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 03

Hino 300 Series dan Isuzu Elf adalah seperti Toyota Vios dan Honda City, tahap asas dalam kategori trak berat. Ini adalah trak penghantaran yang paling biasa kita lihat kerana harganya murah, amat cekap minyak, tahan lasak, dan cukup kecil untuk membuat penghantaran di pusat-pusat bandar serta kawasan perumahan.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 04

Hino dimiliki oleh Toyota, dan 300 Series ialah model spesifikasi asasnya

Pastinya, seperti dunia kereta, juga terdapat banyak jenama baru dati China – misalnya Sinotruk dan Foton. Jenama ini terkenal dengan ketidaktahanannya, namun ramai pelanggan yang sanggup mengambil risiko kerana mereka boleh membeli 2 buah trak ini dengan harga yang sama dengan trak Jepun, Jerman, atau Sweden.

Tambahan pula, dunia trak/lori mungkin dianggap tidak mewah, terlalu lasak dan kasar. Namun, tak ramai yang tahu penjualan kenderaan berat sebenarnya lebih kurang sama dengan supercar.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 05

Elf adalah trak penghantaran paling popular keluaran Isuzu

Aspek paling ketara ialah kenderaan berat ini dijual pada harga yang sangat mahal dan jumlah penjualannya sedikit.

Sebagai contoh, Mercedes-Benz Actros dijual pada harga tak kurang daripada RM 400,000 (sebagai kenderaan komersial, ia bebas cukai) namun berbeza dengan orang yang membeli Mercedes-Benz E-Class, orang yang membeli Actros selalunya menempah lebih daripada 1 unit. Oleh yang demikian, walaupun kumpulan pembelinya kecil, keuntungan diperoleh dari setiap seorang pelanggan sebenarnya lebih tinggi.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 06

Dengan cermin digital, ADAS penuh, suspensi udara; Actros lebih lengkap serba-serbi dan lebih selesa daripada A-Class anda

Tambahan pula, kenderaan berat ini boleh dibina khas dalam pelbagai cara – sama seperti supercar anda. Anda boleh masukkan tangki minyak yang lebih besar, nisbah ‘drive’ akhir berbeza, mahupun aksesori seperti power take-off (PTO) untuk memacu compressor, pam hidraulik, atau untuk menyengetkan dek.

Banyak kenderaan berat jarak jauh boleh ditempah dengan tempat tidur khas yang dipasang di belakang tempat duduk pemandu, tempatnya cukup besar untuk dua tilam.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 07

Tempat tidur belakang di dalam Mercedes Actros

Anda juga boleh memilih chassis yang dimahukan – jarak roda panjang atau pendek, pacuan empat roda, dan macam-macam lagi.

Chassis yang dipilih itu juga selalunya dibina untuk menjadi bas oleh pembina badan berkepakaran – sama seperti yang sering dilakukan ketika era puncak bagi pembina koc carrozzeria/British apabila pembeli dari kalangan orang kaya-kaya membeli ‘rolling chassis’ dari Rolls-Royce atau Ferrari untuk mendapatkan badan kenderaan ‘custom-made’ yang tersendiri.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 08

Di Malaysia, kenderaan berat Mercedes diedarkan oleh Hap Seng, dimana hubungannya dengan jenama Jerman itu bermula sejak 1969 dalam industri pengangkutan balak di Sabah

Bagi menjawab persoalan tentang jenama mana yang dimiliki oleh syarikat mana satu:

Pada tahun 2000-an, terdapat satu gelombang penyatuan dalam industri otomotif. Perniagaan itu dipenuhi dengan terlalu banyak persaingan dan disebabkan kekurangan sinergi antara kenderaan berat dan kereta penumpang, banyak syarikat kereta samada telah mengasingkan atau menjual perusahaan kenderaan berat mereka.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 09

Mitsubishi Fuso diusahakan oleh orang Jerman

Mitsubishi, misalnya, menjual perusahaan kenderaan beratnya iaitu Fuso kepada Daimler (kini dikenali sebagai Mercedes-Benz Trucks), Renault Trucks pula kepada Volvo, manakala Volvo Group menjual perusahaan kereta penumpangnya yang berdepan kerugian kepada Ford, dan ini kemudiannya diambil-alih oleh Geely.

Sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula di Nissan ketika era Carlos Ghosn, Nissan Diesel – yang mana kenderaan beratnya menggunapakai logo UD (Ultimate Dependability) – telah dijual kepada Volvo Group.

Dunia trak yang aneh – Mitsubishi dimiliki oleh Mercedes, Nissan oleh Isuzu, Renault pula Volvo 10

Dengan logo UD untuk ‘Ultimate Dependability’, Nissan Diesel ialah ‘anak buangan’ yang dijual kepada Volvo, dan kini kepada Isuzu

Bagaimanapun, pada 2021, Volvo menjual Nissan Diesel kepada Isuzu, iaitu pesaing ketat Hino milik Toyota. Namun, kini Isuzu dan Hino adalah sebahagian daripada hubungan ‘frenemy’, ditengahkan oleh Toyota, untuk mengumpulkan segala sumber masing-masing bagi membangunkan trak serta bas komersial generasi seterusnya.

Disamping itu, Scania kini menjadi sebahagian daripada Volkswagen Group.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda