window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k!

Haris ยท Sep 26, 2021 11:00 AM

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k! 01

Ramai orang yang mempunyai wang tapi tak ramai yang mampu berada dalam kelasnya yang tersendiri. Terbaru, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilihat memandu sebuah kenderaan unik dan mungkin satu-satunya yang ditemui di Malaysia iaitu Hyundai Ioniq 5.

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baginda dilihat memandu Hyundai Ioniq 5 ketika menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad berikutan isu semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k! 01

Menariknya, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyantuni tetamu Perdana Menteri dengan memberikan sebuah Rolls Royce Cullinan untuk membawa Perdana Menteri ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru namun DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba dengan sebuah Hyundai Ioniq 5.

Hyundai Ioniq 5 adalah sebuah kereta elektrik (EV) yang baru sahaja dilancarkan pada Februari 2021. Untuk model teratas pasaran UK iaitu Hyundai Ioniq 5 Long Range AWD, ia menggunakan pek bateri 72.6 kWh dengan konfigurasi pacuan semua roda yang memacu sehingga 225 kW (302 hp) dan tork 605 Nm.

Model ini mampu mencapai jarak tempuh sehingga 375 km untuk sekali cas. Harga bagi model Hyundai Ioniq ini di UK adalah sekitar £45,145 (RM 258,770). 

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k! 02

Atas: Hyundai Ioniq 5. Bawah: Hyundai Kona Elektrik

Setakat ini, tiada perancangan rasmi untuk membawa Hyundai Ioniq 5 ke Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang mahukan sebuah kereta elektrik dari Hyundai, model Hyundai Kona elektrik bakal menyusul tetapi harganya masih bergantung kepada polisi EV oleh kerajaan.

DYMM Sultan Johor pandu satu-satunya Hyundai Ioniq 5 di Malaysia, harga sekitar RM 258k! 03

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memang tidak asing lagi dengan kenderaan berjenama Korea. Sebelum ini, baginda telah menggunakan Genesis G90 Limousine sebagai kenderaan rasmi.

Dalam sebuah negara yang menayangkan Lamborghini dan Ferrari untuk menggambarkan usahawan berjaya dan pengikut ''Musketeers'' tegar untuk kereta elektrik, DYMM Sultan Johor tampil dalam kelas tersendiri dengan Hyundai Ioniq 5. Citarasa terbaik untuk seorang penggemar kereta sejati!

Baca: Kenderaan rasmi Sultan Johor dipuji ada 'taste', Genesis G90 Limousine berharga dari RM 584k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda