window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

E-beca cas guna tenaga solar dilancarkan di Kuala Terengganu, mampu tarik minat orang muda?

Mersita ยท Jun 3, 2022 08:00 PM

E-beca cas guna tenaga solar dilancarkan di Kuala Terengganu, mampu tarik minat orang muda? 01

Beca, salah satu ikon tradisi masyarakat Malaysia, kini diberi nafas moden dengan elektrifikasi – dikuasakan dengan motor yang boleh dicas menggunakan tenaga bersih iaitu solar! Digelar e-beca, perkhidmatan yang dimodenkan ini baru saja diperkenalkan di Kuala Terengganu.

Dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, di Dataran Syahbandar semalam, beca elektrik ini boleh dicas menggunakan tenaga solar dan dengan cas penuh, ia boleh mencapai kelajuan 30 km/jam dan mampu memendekkan masa perjalanan sehingga 15 minit.

E-beca cas guna tenaga solar dilancarkan di Kuala Terengganu, mampu tarik minat orang muda? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain memudahkan pengayuh beca, ia juga dilengkapi dengan skrin LED berserta sistem audio untuk hiburan penumpang. Usaha ini diharap boleh menarik minat belia, sekaligus merancakkan industri pelancongan di negeri itu.

Difahamkan, e-beca ini dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Menurutnya, UTEM tampil juara dalam Pertandingan Inovasi Beca Terengganu 2021 dan diberi Geran HIP 6 berjumlah RM 90,000 dibiayai oleh SME Corp.

E-beca cas guna tenaga solar dilancarkan di Kuala Terengganu, mampu tarik minat orang muda? 01

Tiga pengayuh bertuah di Kuala Terengganu juga dipilih sebagai perintis inovasi e-beca ini, dan dijangka lebih ramai lagi akan menggunakannya tak lama lagi.

"Melalui geran ini, salah satu projek diusahakan UTeM adalah menghasilkan tiga buah e-Beca mempunyai ciri-ciri mesra alam,” jelasnya kepada pemberita Sinar Harian.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia