window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit!

Khairil ยท May 22, 2021 10:00 AM

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 01

Susah nak menafikan keunikan yang dimiliki motosikal kapcai, Honda Cross 110 yang diperkenalkan secara global pada 2018 lalu terutama dari sudut reka bentuknya yang jelas berbeza.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Pada tahun ini, Honda tampil memperkenalkan versi 2021 untuk motosikal berkenaan yang hanya dijual di pasaran negara Matahari Terbit, Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 01

Tampil dengan pilihan warna baharu iaitu Puco Blue, lebih menambah keunikan Honda Cross Cub 110 2021 ini adalah ia hanya dibina dalam unit terhad iaitu 2,000 unit saja.

Selain reka bentuk yang unik, Honda Cross 110 seperti namanya boleh ditunggang di kawasan laluan offroad ringan.

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 02

Untuk itu, ia dilengkapi dengan tayar depan dan belakang yang mampu meredah laluan berkenaan serta bahagian lampu depannya turut diberikan bar perlindungan.

Dari sudut trenkuasa, Honda Cross Cub 110 menggunakan enjin bersesaran 109 cc, Penyejuk Udara, 4 Lejang, SOHC, 1 Silinder dan menggunakan teknologi suntikan bahan api Honda, PGM-FI.

Juga baca: Keperluan vs gaya, ini 7 motosikal kapcai harga 'bajet' untuk rakyat jelata

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 03

Ia datang dengan kotak gear empat kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 8.0 Ps pada 7,500 rpm dan tork 8.5 Nm pada 5,500 rpm.

Dari sudut spesifikasi teknikal, suspensi motosikal ini menggunakan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang berkembar jenis konvensional. Tiada brek cakera digunakan dengan jenis dram dipasangkan di kedua-dua bahagian roda.

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 04

Maklumat lain adalah tangki bahan api motosikal ini adalah sebesar 4.3 liter, berat keseluruhan 106 kg dengan saiz tayar yang sama di bahagian depan dan belakang iaitu 80/90-17.

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 05

Kepada yang berminat, jualannya dibuka pada tarikh 22 Julai 2021 dengan harga sebanyak 341,000 Yen iaitu kira-kira RM 12,979 mengikut tukaran semasa artikel ini ditulis.

Edisi istimewa Honda Cross Cub 110 2021, hanya di Jepun, terhad 2,000 unit! 06

Antara varian varna untuk model Honda Cross Cub 110

Sebagai negara yang amat menggemari moped, adakah Honda Cross Cub 110 akan diterima jika ia dibawa ke Malaysia? Anda sendiri boleh menjawabnya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda