window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK!

Khairil ยท Dec 20, 2022 10:00 AM

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 01

Ducati mengharungi kempen penuh gemilang muncul juara dunia dalam dua perlumbaan berprestij, MotoGP dan WSBK musim ini dan untuk meraikan kejayaan itu, syarikat pengeluar motosikal ikonik Itali melakukan 'tribut' dengan menghasilkan dua model edisi terhad, Ducati Panigale V4S Bagnaia/Bautista (2022).

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 02

Ducati Panigale V4S Bagnaia 

Seperti namanya, Ducati Panigale V4S Bagnaia/Bautista (2022), kedua-dua model berkenaan dihasilkan menggunakan model Ducati Panigale V4 S standard namun 'dihensemkan' menggunakan 'liveri' jentera lumba kedua-dua pelumba.

Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 01

Ducati Panigale V4S Bautista

Dan setiap satunya dihasilkan terhad 260 unit yang sekali gus bakal menjadi antara koleksi yang paling dinanti-nantikan ramai peminat jenama itu.

Kenapa ia dihasilkan sebanyak 260 unit? Menurut Ducati, ia mengambil tahun syarikat itu diasaskan iaitu tahun 1926.

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 02

Francesco Bagnaia

Sebagai model istimewa dan terhad, selain liveri istimewa, Ducati Panigale V4S Bagnaia/Bautista (2022) turut memiliki pelbagai lagi ciri menarik dan dipadankan dengan komponen istimewa dan berprestasi.

Untuk permulaan, setiap unit akan memiliki tandatangan penunggang yang dipamerkan di tangki minyak selain memperoleh nombor edisi yang dilaser di atas klamp. Dan seperti jentera lumba, model edisi khas itu turut didatangkan dengan pelana tunggal.

Juga baca: WSBK 2022: Razgatlioglu cipta hatrik di Mandalika, tapi Ducati, Bautista tetap sahkan kejuaraan dunia!

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 03

Alvaro Bautista

Antara komponen-komponen berpestasi yang dipadankan termasuklah penggunaan klac kering STM-EVO SBK, ekzos Akrapovic, kaliper brek Brembo Stylema dengan Brembo MCS master cylinder dan sistem pemerolehan data 'Ducati Data Analyser'.

Turut dipadankan termasuklah peg kaki boleh laras aluminium bilet Rizoma, 'cowl' lumba plexiglass, Penutup swingarm yang diperbuat daripada campuran gentian karbon dan titanium, pelindung ekzos, penutup alternator dan fender karbon.

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 04

Tidak cukup dengan itu, Ducati turut menghasilkan aksesori tambahan seperti penutup klac terbuka gentian karbon, kit penutup cermin sisi dan nombor plat selain penutup tangki minyak aluminium.

Kepada yang 'bertuah', setiap pembelian akan mendapat sijil ketulenan dan selimut motosikal khas daripada Ducati. Untuk versi Bautista, ia turut dipadankan dengan 'brushed aluminum tank' yang terdapat pada jentera Panigale V4R.

Edisi terhad Ducati Panigale V4S Bagnaia, Bautista (2022) diperkenal, 260 unit, tribut kejayaan MotoGP, WSBK! 05

Sebagai info, ini kali pertama dalam sejarah perlumbaan Ducati mereka memenangi kedua-dua kejuaraan dunia serentak di MotoGP dan WSBK.

Sumber imej: FB Alvaro Bautista ArceFrancesco Bagnaia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda