window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia!

Khairil · Mar 16, 2023 06:00 PM

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 01

Syarikat pengeluar motosikal Austria, KTM memperkenalkan model edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR pada 2021 dan seperti dijangka, ia laris bagaikan pisang goreng panas selepas kesemua 500 unit yang dihasilkan terjual dalam tempoh kurang sejam.

 

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan selepas dua tahun dan tak perlukan kajian mendalam, KTM kembali menghasilkan versi terbaharu model berkenaan dikenali KTM 1290 Super Duke RR (2023).

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 01

Seperti 1290 Duke RR 2021, versi 2023 turut dihasilkan dalam unit terhad, 500 unit sahaja seluruh dunia.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 02

Tidak seperti versi 2021, KTM 1290 Super Duke RR (2023) tampil dengan kemasan 'lebih' gelap dan didominasi warna hitam. Begitupun, warna jingga sebagai warna tradisi KTM tetap dikekalkan terutama di bahagian kerangka.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 03

Di bahagian trenkuasa, KTM 1290 Super Duke RR (2023) dipacu enjin bersesaran 1,301 cc, LC8 V-Twin yang menghasilkan 180 Hp dan tork 140 Nm.

Sebagai jentera edisi terhad, KTM 1290 Super Duke RR (2023) dipadankan dengan pelbagai komponen premium dan ringan termasuk gentian karbon. 

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 04

Hasilnya, ia 11 kg lebih ringan berbanding versi standard, KTM 1290 Super Duke R Evo yang memiliki berat 191 kg.

Dan untuk itu, KTM 1290 Super Duke RR (2023) didakwa memiliki nisbah kuasa ke berat 1:1, sesuatu yang amat dibanggakan oleh KTM.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 05

Di bahagian suspensi, motosikal edisi terhad ini dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) jenama WP APEX PRO 7548 (depan) dan penyerap hentak tunggal WP APEX PRO 7746 di bahagian belakang.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 06

Seperti dijangka, kedua-dua sistem suspensi yang menggunakan jenama premium ini memiliki ciri pelarasan penuh.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 07

Sistem brek menggunakan cekera berkembar bersaiz 320 mmm bersama kaliper Brembo Stylema Monobloc 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper Brembo 2 Piston.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang digunakan adalah Bosch 9.1MP 2.0 yang lengkap dengan ABS Selekoh dan Supermoto ABS.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 08

Sebagai jentera yang turut fokus kepada prestasi di litar, 1290 Super Duke RR ini (2023) juga dilengkapi dengan mod khas litar iaitu Track dan Performance. 

'Jajan' lain yang tersedia termasuklah ekzos Akrapovič (slip-on), bateri lithium-ion ringan, rim 'forged', 'subframe' gentian karbon dan beberapa ciri lain. Kepada yang mahukan lebih kelajuan, sistem ekzos penuh Akrapovič EVO turut tersedia tapi dengan tambahan bayaran.

Edisi terhad KTM 1290 Super Duke RR (2023) dilancar, 500 unit seluruh dunia! 09

KTM tidak mendedahkan harga rasmi namun sudah pun membuka tempahan model ini beberapa hari lalu di rangkaian pengedarnya di seluruh dunia. Jadi kepada yang berminat, peluang anda mungkin berkurangan dengan drastik jika anda baru membaca artikel ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda