window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis!

Khairil ยท Apr 26, 2021 04:00 PM

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 01

Ekslusif. Jentera Edisi Terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP akhirnya dilancarkan pengeluar dari Austria itu namun malangnya, ia hanya boleh didapati di Perancis.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Hanya 100 unit jentera ini akan dihasilkan, yang dibina daripada motosikal KTM 890 Duke standard namun diinspirasi dan diberi sentuhan dari sudut corak warna MotoGP dan perkakasan 'aftermarket' yang mengujakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 01

Antara perkakasan 'aftermarket' yang diberikan kepada jentera ini termasuklah 'belly pan/spoiler' bawah enjin yang lebih kecil, sistem ekzos  Akrapovic dan penutup tempat duduk pembonceng seperti yang ada pada model KTM 890 Duke R.

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 02

Apa yang menarik adalah, jentera yang disebut sebagai 'ultra ekslusif' ini hanya dijual pada tanda harga 11,690 Euro (RM 58,089).

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif

Ia hanya penambahan sebanyak 1,300 Euro (RM 6,459) daripada model KTM 890 Duke standard. Justeru, ia pasti cukup menarik minat penggemar tegar motosikal yang mahukan ciri-ciri ekslusif terutama dari MotoGP.

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 03

Dari sudut trenkuasa, jentera istimewa ini menggunakan enjin yang sama seperti KTM 890 Duke iaitu enjin LC8c 899 cc, Parallel-twin. 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair yang ditala bagi mendapatkan kuasa 115 Hp dan tork 92 Nm.

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 04

KTM 890 Duke R

Begitupun, kuasa yang dihasilkan itu adalah lebih rendah daripada varian KTM 890 Duke R yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 121 Hp.

Edisi terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP dilancar, hanya ada di Perancis! 05

Seperti motosikal moden lain, KTM 890 Duke replika Tech 3 juga dipadankan dengan pelbagai teknologi moden seperti 4 mod enjin dan pelbagai lagi. Menarik bukan, namun malangnya ia hanya ada di negara Perancis.

Sumber: motorcyclespecs

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda