window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit!

Khairil · Mar 5, 2021 07:00 PM

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 01

Yamaha memperkenalkan skuter popularnya TMax versi 2021 pada Disember lalu. Tidak banyak perubahan dari sudut spesifikasi dan gaya berbanding versi sebelumnya tetapi enjin berkuasa 562 cc yang digunakan kini patuh piawaian Euro 5.

Dan bagi meraikan tarikh penghasilan jentera yang dicipta kira-kira 20 tahun lalu, syarikat pengeluar motosikal dari Jepun itu melancarkan versi edisi terhad Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, motosikal yang diberikan nilai tambah dari sudut estetika ini hanya dihasilkan dalam unit terhad, iaitu 560 unit seluruh dunia.

Justeru, semua model edisi khas ini datang dengan nombor siri sebagai menandakan unit penghasilannya.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 01

Selain datang dengan warna khas iaitu Tech Graphite, pelbagai panel pada beberapa bahagian motosikal ini antara di bahagian panel tepi, fender dan pelindung ekzos turut digantikan dengan material jenis gentian karbon selain tambahan garis kuning.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 02

Rekaan gentian karbon itu yang tampak seakan rekaan tenun tradisional jelas menambah keunikan motosikal itu sendiri selain tampak premium.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 03

Bagi menambah lagi keunikannya, tempat duduknya juga diberi peningkatan menerusi penggunaan material dan rekaan yang premium bersama tali jahitan berwarna kuning. Tempat duduk itu juga mempunyai fungsi pemanas selain grip trotel.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 04

Mengulas lanjut mengenai enjinnya, ia dikuasakan enjin bersesaran 561 cc, 2 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, DOHC, 4 Injap yang menghasilkan kuasa 48 PS pada 7,500 rpm dan tork puncak 56 Nm pada 5,250 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 05

Antara ciri-ciri lain yang diberikan sama seperti varian premium TMax. Antaranya seperti sistem kawalan pelayaran (cruise control), skrin boleh laras elektrik dan suspensi belakang boleh laras. Kapasiti tangki bahan api pula ialah 15 liter.

Kepada yang berminat, anda boleh mula menabung kerana Yamaha TMax Edisi Ulang tahun ke-20 ini akan dijual pada tanda harga £ 14,699 (RM 82,843).

Edisi Ulang tahun ke-20 Yamaha TMax, terhad kepada 560 unit! 06

Pembeliannya hanya boleh dibuat menerusi sistem pemesanan online Yamaha dengan tempahan mula dibuka pada 31 Mac ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda