window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini?

Haris ยท May 15, 2021 02:00 PM

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 01

Minggu lalu, Honda Indonesia telah melancarkan Honda N7X Concept. Model SUV baharu ini pada awalnya disebut-sebut sebagai pengganti Honda BR-V tetapi Honda Indonesia dengan pantas memadam ura-ura tersebut. Sebenarnya, Honda N7X ini adalah model baharu yang lebih besar daripada Honda BR-V.

Wapcar.my melihat semula video pelancaran dengan lebih dekat (kita bercakap mengenai tahap perhatian terhadap perincian yang lebih obsesif) dan mendapati bahawa terdapat beberapa petunjuk mengenai apa yang akan terjadi untuk Honda N7X versi pengeluaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 01

Walaupun dengan imej kabur, beberapa butiran masih dapat dikeluarkan daripada imej ini. Nampaknya Honda N7X akan ditawarkan dalam 3 varian - S, E, dan Prestige.

Varian S adalah varian pengenalan, menggunakan rim 16-inci tanpa rel bumbung. Selanjutnya, varian E juga menggunakan rim 16-inci dengan rekaan berbeza dan mempunyai rel bumbung. Varian Prestige paling atas pula menerima rim 17-inci dengan rekaan 2 tona.

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 02

Maafkan gambar yang kabur ini

Ukuran roda yang ditonjolkan ini tampak lebih realistik berbanding rim 18-inci pada Honda N7X Concept. Terdapat satu lagi faktor yang membezakan antara varian iaitu kehadiran lampu kabus.

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 03

Namun selain itu, tidak banyak butiran lain yang dapat dilihat daripada ime yang tertiris. Lampu belakang kelihatan sama untuk semua varian, dengan gabungan elemen lampu LED dan mentol. Ramai juga yang memberitahu kami bahawa lampu ini nampak mirip dengan lampu Honda City

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 04

Selain itu, rekaan kabin dalaman pula nampak mirip dengan Honda Amaze generasi kedua, kecuali skema warna dua tona. Walaubagaimanapun, hal ini belum dapat disahkan kerana responden kami di Indonesia, Autofun, telah pergi melihat sendiri Honda N7X Concept dan mendapati cermin tingkap dicegah siar dengan lapisan tingkap gelap.

Eh, Honda N7X Concept tak sengaja paparkan maklumat ini? 05

Atas: Honda N7X Concept
Bawah: Honda Amaze

Honda N7X Concept masih lagi mempunyai beberapa kejutan yang akan diperlihatkan pada GIIAS (GAIKINDO Indonesia International Auto Show) 2021. Adakah ia akan ditawarkan di Malaysia dan negara ASEAN lain? Ini juga akan menjadi persoalan utama bagi model ini.

Bacaan Lanjut:

Honda N7X concept dipertontonkan - SUV 7 penumpang ini adalah Honda BR-V serba baharu?

Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar?

Honda N7X Concept vs Honda BR-V – bakal menjuarai susunan kabin yang paling praktikal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda