window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

E-hailing, teksi boleh rentas daerah dan negeri dengan kelulusan. Sabah tak perlu permit polis

Mersita · Jun 24, 2021 11:30 AM

E-hailing, teksi boleh rentas daerah dan negeri dengan kelulusan. Sabah tak perlu permit polis 01

Perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan teksi di Semenanjung Malaysia dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri hanya bagi tujuan membawa penumpang kerana ia diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu (essential services), dengan syarat pemandu harus mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu, pemandu teksi boleh mendapatkan surat kelulusan dengan melengkapkan pendaftaran mereka di Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE), manakala pemandu kenderaan e-hailing boleh mendapatkan surat kelulusan ini menerusi syarikat pengendali e-hailing masing-masing.

E-hailing, teksi boleh rentas daerah dan negeri dengan kelulusan. Sabah tak perlu permit polis 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Para penumpang yang memerlukan perkhidmatan ini perlu mendapatkan kebenaran pergerakan (permit polis) mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Sabah dan Sarawak pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana kedua-dua negeri dibenarkan untuk mencadangkan SOP mengikut keperluan negeri masing-masing dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan.

E-hailing, teksi boleh rentas daerah dan negeri dengan kelulusan. Sabah tak perlu permit polis 01

Ini berikutan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) Pindaan 2021 yang berkuatkuasa pada 22 Jun 2021. Pindaan ini melibatkan peruntukan khas bagi kawalan pergerakan di dalam negeri Sabah yang tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah.

Susulan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri COVID-19 Sabah telah membenarkan perkhidmatan e-hailing dan teksi yang berdaftar untuk merentas daerah meliputi kawasan Kota Kinabalu, Putatan, dan Penampang TANPA memerlukan surat kebenaran rentas daerah daripada polis. SOP baharu bagi negeri ini berkuatkuasa bermula 23 Jun 2021.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda