Umum mengetahui bahawa Toyota Corolla Cross bakal ditawarkan bagi menggantikan Toyota C-HR yang sudah digugurkan secara senyap dari laman web Toyota Malaysia.
Sedikit maklumat eksklusif telah tiba ke meja pengarang kami. Dalam sebuah dokumen yang dikongsikan bersama Wapcar.my, Toyota Corolla Cross nampaknya bakal menjadi pesaing menarik dalam pasaran SUV.
Pertama, Toyota tidak mahu mengulangi kegagalan Toyota C-HR dalam posisi harga. Toyota Corolla Cross bakal berharga sekitar RM 120k, sekaligus meletakkannya dalam julat harga pesaing seperti Honda HR-V, Subaru XV dan Mitsubishi ASX.
Model | Harga tanpa SST |
Toyota C-HR | RM 144,336 |
Honda HR-V | RM 104k - 128k |
Subaru XV | RM 112k - 133k |
Mitsubishi ASX | RM 118k - 133k |
Kedua, Toyota Corolla Cross akan hadir dalam 2 varian iaitu 1.8 G dan 1.8V. Model 1.8 G mungkin menjadi varian pengenalan, seperti model lain.
Ketiga, ini bermakna Toyota Corolla Cross tidak ditawarkan dalam pilihan enjin hybrid atau turbo. Enjin 1.8 liter NA 2ZR-FE tersebut dikongsikan bersama Toyota Corolla Altis, mencatatkan output kuasa sebanyak 139 PS / 172 Nm.
Keempat, 5 warna yang ditawarkan adalah Platinum White / Nebula Blue Metallic / Red Mica Metallic / Graphic Metallic / Metalstream Metallic.
Tahun 2021 bukan sahaja menyaksikan pelancaran Toyota Corolla Cross, malah Toyota Harrier 2021 dan Toyota Camry facelift juga dikatakan bakal menyusul. Anda teruja dengan Toyota Corolla Cross?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Toyota Corolla Cross GR Sport
Upgrade
Add your car