window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini?

Haris · Mar 8, 2021 05:00 PM

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 01

Honda City 2020 generasi GN telah dilancarkan pada pertengahan bulan Oktober 2020. Walaubagaimanapun, varian Honda City RS (varian paling atas) masih belum diumumkan. Peminat kini telah menunggu hampir 6 bulan selepas pelancaran model tersebut.

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 02

Satu sumber yang boleh dipercayai telah memberitahu Wapcar.my bahawa Honda City RS 2020 dikhabarkan akan diumumkan harga pada minggu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, tiada sebarang anggaran harga yang diberitahu oleh sumber tersebut.

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 01

Alasan daripada penangguhan pengumuman harga tersebut sedikit rumit ditambah dengan peningkatan kes Covid-19 yang menyaksikan Malaysia terpaksa menempuhi satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang menyukarkan lagi perancangan Honda Malaysia.

Honda City RS - Model hibrid pertama Honda City

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 02

Enjin hibrid i-MMD

Umum mengetahui tentang enjin 1.5 liter hibrid i-MMD yang dipasang. Namun kelebihan lain penggunaan enjin ini antara lain adalah penggunaan EPB (satu-satunya sedan segmen B dengan ciri ini) dan tiada kotak gear secara teknikal.

Spesifikasi Honda City RS
Trenkuasa

Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD)

4 silinder, 1.5 liter NA dengan motor elektrik

transmisi e-CVT

Kuasa

Enjin: 98 PS / 127 Nm 

Motor elektrik: 109 PS / 253 Nm

Kedua-dua output kuasa tidak dapat dijumlahkan bersama-sama disebabkan oleh kuasa puncak berada pada rpm yang berbeza.

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 03

Selain daripada aspek trenkuasa yang terkini, Honda City RS juga dilengkapi dengan Honda Sensing yang merangkumi:

  • Forward collision warning (FCW)
  • Autonomous emergency braking (AEB)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane keeping assist (LKAS)
  • Road departure mitigation (RDM)
  • Adaptive cruise control (ACC)
  • Auto high-beam (AHB)

Walaubagaimanapun, ia tidak mempunyai fungsi Low Speed Follow (LSF) seperti yang terdapat pada Honda CR-V dan Honda Accord.

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 04

Bukan itu sahaja, pada bahagian dalam Honda City RS dilengkapi dengan panel meter kluster semi digital 7 inci dan perincian berwarna merah. Pada bahagian luar, Honda City RS mengenakan rekaan berlainan pada bahagian bumper hadapan, tayar 16 inci, spoiler bonet dan diffuser belakang

Eksklusif: Honda City RS 2020 bakal diumumkan harga minggu ini? 05

Enjin i-MMD pada Honda City RS telah melakukan penampilan pertama dunia melalui pelancaran di Malaysia. Honda City 2020 juga telah mencatatkan sebanyak 10,800 unit jualan walaupun tanpa kehadiran Honda City RS. Selepas 6 bulan dijual, adakah minat bagi Honda City RS ini masih kekal dalam sanubari peminat Honda?

Bacaan lanjut:

Ini sebabnya Honda City RS tidak mempunyai kotak gear!

Rebiu: Pandu uji Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Honda City RS 2020 masih belum ada senarai harga. Mengapa?

Perbandingan: Honda City RS vs Toyota Vios G vs Nissan Almera Turbo VLT. Saingan varian paling atas!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda