Eksport Porsche Cayenne CKD ke rantau ASEAN tak mustahil, bukan untuk Malaysia sahaja?
Faisal · Apr 1, 2022 09:00 AM
0
0
Porsche Cayenne CKD buat masa sekarang terhad untuk Malaysia sahaja
Porsche berhasrat untuk meluaskan pengaruh dalam rantau ASEAN
Tiada menolak untuk projek eksport
Seperti yang anda sudah tahu, Porsche Cayenne di pasaran Malaysia sudah mula dipasang secara lokal (CKD). SUV mewah ini dihasilkan dari fasiliti milik Sime Darby di Kulim, Kedah.
Sewaktu pelancaran pusat pemasangan ini, Sime Darby dan Porsche ada menjelaskan bahawa walaupun Cayenne yang dipasang lokal hanya untuk pasaran kita, projek eksport sebenarnya tidak ditolak sama sekali.
Menurut mereka, Malaysia adalah keutamaan buat masa sekarang tetapi potensi pasaran lain juga harus difikirkan.
Mengenai Cayenne CKD, Sime Darby dan Porsche pada Ogos 2021 mengumumkan pelan untuk memasangnya secara lokal dan pada November yang lalu, SUV mewah versi Malaysia ini telah dirasmikan.
Dengan pemasangan tempatan, Porsche Cayenne CKD dapat ditawarkan serendah harga RM 550k, kira-kira RM 115k lagi murah daripada model CBU selama ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.