window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta!

Mersita ยท May 15, 2021 04:00 PM

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 01

Bagi sesetengah pemandu, kereta boleh dianggap sebagai rumah kedua. Macam-macam jenis barang dan keperluan yang sering kita tinggalkan di dalam kereta termasuklah barangan elektronik dan makanan.

Namun, tahukah anda yang tabiat meninggalkan barang-barang sedemikian boleh mengundang bahaya terutama sekali apabila kereta kerap ditinggalkan dan terdedah di bawah cuaca panas terik? Kali ini, kami ingin memberi peringatan kepada semua supaya ubah tabiat meninggalkan barangan-barangan seperti di bawah di dalam kereta anda untuk keselamatan bersama.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lighter/Penyala api

Ini dianggap item ‘wajib’ bagi kebanyakan orang yang merokok ketika memandu. Kadangkala, lighter yang ditinggalkan di dalam kereta sampai 3 – 5 biji jadinya (selalunya dikalangan pencuri lighter kawan-kawan).

Jika kebetulan kereta anda diparkir di bawah terik mentari dalam jangkamasa yang lama, suhu di dalam kereta boleh mencecah 60 darjah Celcius atau lebih. Haba yang terkurung di dalam kereta boleh mengembangkan gas di dalam lighter berkenaan dan ini boleh mendatangkan risiko letupan.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 01

Barangan elektronik

Pada tahun lalu, berita tentang sebuah kereta yang tiba-tiba meletup menjadi tular. Siasatan pihak polis mendapati bahawa letupan berkenaan adalah disebabkan oleh power bank yang ditinggalkan di dalam kereta.

Namun, ramai yang kurang faham bagaimana barangan elektronik lain selain daripada power bank juga boleh meletup dan mengakibatkan kebakaran di dalam kabin kereta.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 02

Kesudahannya setelah power bank didapati meletup di dalam kereta dalam satu kes kebakaran kereta tahun lepas

Barangan elektronik ini termasuklah telefon bimbit, tablet, kamera, vape, atau apa sahaja yang mengandungi bateri kerana ia berpotensi untuk meletup jika ditinggalkan di dalam kereta di bawah panas terlalu lama. Ini kerana haba boleh mengakibatkan asid di dalam bateri bocor.

Selain daripada berpotensi untuk meletup, situasi ini akan jadi lebih buruk apabila asid berkenaan terkena kulit dan meresap masuk. Asid atau alkali dari dalam sel bateri berkenaan boleh mengakibatkan kulit melecur dan meninggalkan kesan lama pada badan yang terdedah kepadanya.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 03

Ubat-ubatan dan barangan kosmetik

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Kami pasti anda juga ada masa untuk menyimpan Panadol dan lain-lain ubat ke dalam beg atau poket anda sebelum meninggalkan kereta di bawah cuaca panas.

Ubat-ubatan dan barangan kosmetik, termasuklah krim pelindung matahari, sepatutnya disimpan di tempat kering dan bersuhu bilik/sejuk pada setiap masa. Jika ditinggalkan di kawasan bersuhu tinggi/panas, kompaun kimia di dalam produk-produk ini boleh terkompromi dan berpotensi untuk jadi beracun.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 04

Minuman di dalam botol plastik

Bagi kategori ini, kami ingin pecahkannya kepada 2 bahagian. Pertama, minuman berkarbonat seperti 100Plus dan Coca-Cola akan mengembang dan seterusnya meletup jika terdedah kepada suhu tinggi.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 05

Kategori kedua ialah botol plastik. Rolf Halden, pengarah Center for Environmental Health Engineering di Biodesign Institute, Arizona State University memberitahu National Geography yang botol plastik pakai-buang amat sensitif terhadap haba dan ia akan membebaskan bahan beracun ke dalam cecair yang ada di dalam botol berkenaan.

Jika air sebegini diminum secara berterusan dalam jangkamasa lama, ia boleh mengakibatkan kerosakan organ, membahayakan sistem peranakan, serta mengakibatkan kelewatan perkembangan dikalangan kanak-kanak.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 06

Pernah cuba bakar biskut raya dalam kereta?

Makanan

Segelintir pemandu gemar menyimpan makanan di dalam kereta, kononnya untuk kudap-kudapan ketika memandu. Namun, kompaun kimia di dalam makanan selalunya akan bertindak-balas dengan haba (dalam erti kata lain, masak) dan ia boleh berubah dalam jangkamasa tertentu.

Sesetengah makanan akan luput dalam masa seminggu dan ia boleh mengakibatkan keracunan makanan. Selain dari itu, makanan yang disimpan di dalam kereta boleh mengundang Cik Ti dan Cik Pas walaupun ditinggalkan semalaman.

Elak kebakaran, jangan tinggalkan barang-barang ini di dalam kereta! 07

Katanya campuran minyak masak, mentega dan sedikit susu pekat manis boleh dijadikan perangkap lipas di dalam kereta apabila ditinggalkan semalaman. Kalau tumpah, lain pula ceritanya

Kesimpulannya

Ubahlah tabiat sebelum terlambat. Jangan ambil risiko membiarkan barangan mudah meletup dan berbahaya di dalam kereta kerana ia boleh meletup atau membahayakan kesihatan.

Ya, mungkin lot parkir kawasan rumah atau pejabat anda tertutup, namun anda tidak tahu bila masanya kereta anda akan diparkir lama di bawah terik mentari – mungkin apabila kecemasan di hospital atau ada urusan di bank nanti. Jangan ambil risiko, cuaca panas sekarang tak sama macam dahulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda