window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

eMoovit dan Rapid Bus perkenal bas elektrik berautonomi, percubaan setahun di BRT Sunway

Mersita ยท Sep 29, 2022 02:00 PM

eMoovit dan Rapid Bus perkenal bas elektrik berautonomi, percubaan setahun di BRT Sunway 01

Elektrifikasi digabungkan dengan pemanduan berautonomi pada bas awam akan mula dikaji dalam penggunaan dunia sebenar dengan lebih mendalam setelah eMooVit Technology Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Rapid Bus Sdn Bhd.

Anak syarikat Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd dan subsidiari Prasarana itu bakal bekerjasama dalam program percubaan teknologi bas elektrik berautonomi yang akan diimplementasikan di Rapid BRT Sunway. Projek perintis ini dijadualkan berlangsung bermula pada Oktober 2022 sehingga September 2023.

Difahamkan, bas ini tidak akan membawa penumpang sepanjang tempoh percubaan dan ia akan dioperasikan selepas waktu puncak. Laluan Sunway dipilih sebagai lokasi bukti konsep (Proof of Concept โ€“ POC) projek ini kerana ianya mempunyai persekitaran yang terkawal tanpa masalah trafik daripada kenderaan lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

eMoovit dan Rapid Bus perkenal bas elektrik berautonomi, percubaan setahun di BRT Sunway 01

Kerjasama ini bakal membabitkan peranan eMoovit sebagai penyedia bas berkenaan serta sistem pengecasan casEV, sokongan teknikal, penyelenggaraan kenderaan, dan sesi latihan untuk pekerja Rapid Bus. Peranan Rapid Bus pula adalah untuk menyediakan trek ujian, kawalan bengkel, dan sokongan operasi.

Ini merupakan kali pertama gabungan teknologi seumpamanya diperkenalkan pada pengangkutan awam di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif eMooVit, Dr Hairi Zamzuri berkata, "Kami berharap dengan memperkenalkan kenderaan elektrik berautonomi ini, ia akan membawa beberapa manfaat, termasuk potensi untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida, penambahbaikan sistem pengangkutan dan juga penggunaan tenaga.โ€

eMooVit merupakan syarikat yang memfokuskan kepada perisian pemanduan berautonomi dengan tumpuan utama kepada penyelesaian didalam sektor pengangkutan awam.

Juga baca: Bas elektrik pertama di Sabah dikagumi, tak sia-sia RM 1.2 juta seunit bantu orang awam

Bas elektrik Rapid KL jalankan percubaan 3 bulan di laluan terpilih. Nak cuba?

Bas KLIA baru ala-Heathrow bantu bawa penumpang sementara tunggu Aerotrain baru

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda