window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'!

Khairil ยท Jun 29, 2021 10:00 AM

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 01

Syarikat motosikal elektrik Itali, Energica memasuki pasaran negara jiran, Singapura dengan membariskan tiga model Energica Ego+, Ribelle dan EsseEsse 9+.

Juga baca: 31 % penunggang 'gantung helmet' jika enjin motosikal diganti elektrik dari petrol!

Sebagai negara yang mengalu-alukan kenderaan elektrik, kehadiran Energica amat dinanti-nantikan namun buat pengguna, mereka perlu membayar harga agak premium untuk menggunakan jenama berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 01

Ego

Untuk model Ego+, harga yang ditawarkan ialah $ 80,800 SGD (RM 249,463), $ 74,400 SGD (RM 229,704) untuk model Ribelle dan $ 69,000 SGD (RM 213,032) untuk model EsseEsse 9+.

Juga baca: Motosikal 'tua' di Singapura perlu patuhi piawaian emisi baharu bermula 2023 atau sedia didenda!

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 02

EsseEsse 9

Untuk motosikal elektrik berkuasa tinggi seperti Energica, ia tergolong dalam lesen Kelas 2 Pengangkutan Darat Singapura. Klasifikasi berkenaan dikhaskan untuk 'e-bikes' dengan kuasa lebih dari 80 kilowatt atau setaraf 107 Hp.

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 03

Ribelle

Pengedar rasmi Energica di Asia Tenggara, Ifyni berkata, ketika ini, tiada rebat atau insentif diberikan oleh kerajaan Singapura terhadap motosikal elektrik yang menjadikan harga kenderaan berkenaan premium.

Juga baca: Gadis Ducati di Singapura ini awalnya nak berlagak, namun akhirnya dikecam secara berjemaah!

Menurut Ifyni, syarikat berkenaan masih di tahap awal untuk membawa jenama Energica di Singapura dan berusaha untuk menjadikannya sebagai produk yang ideal terlebih dahulu.

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 04

Ketika ini, ada satu unit EsseEsse 9+ di negara berkenaan dan ia mendapat perhatian yang tinggi dengan Ifyni berkata mereka terbuka untuk membenarkan tunggang uji kepada yang berminat namun hanya menerusi jemputan sahaja.

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 05

Ifyni berkata, permintaan terhadap motosikal elektrik ada di Singapura tetapi ia akan banyak bergantung kepada infrastruktur pengecasan.

Juga baca: Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR), harga RM 14k

Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'! 06

Ketika ini, difahamkan, infrastruktur pengecas di Singapura berada pada tahap 30 peratus daripada apa yang diingini Ifyni.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda