window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc!

Khairil ยท Jul 14, 2021 01:00 PM

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 01

Sejak bertahun-tahun, syarikat pengeluar motosikal China terkenal dengan penghasilan model berkuasa rendah namun situasi itu kian berubah dengan salah satu jenama popularnya, Zontes turut bergerak ke arah sama.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Sekalipun model tertinggi jenama berkenaan ketika ini hanya menggunakan enjin bersesaran 310 cc, 1 Silinder – yang turut mendapat kritikan - Zontes mengesahkan mereka akan menyertai persaingan dalam segmen berkuasa tinggi menggunakan enjin 3 Silinder.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 01

Firma China itu mendedahkan imej enjin berkenaan, beberapa bulan lalu yang dijangka akan digunakan dalam pelbagai segmen motosikalnya termasuk 'Sportbike','naked' dan 'Touring'.

Juga baca: 'Ganas' betul harga Benelli 1200GT 2021 di China, separuh daripada BMW R 1250 RT!

Sekalipun tiada perincian mengenai enjin berkenaan didedahkan, Zontes berkata mereka akan membina enjin dalam pelbagai sesaran termasuk 1,000 cc, seperti yang disebut oleh bos syarikat itu di sosial media.

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 02

Bernaung di bawah Guangdong Tayo Motorcycle Technology yang memiliki dua lagi jenama, Haojiang dan Kiden, Zontes begitupun berada di posisi terbaik di pasaran antarabangsa dan turut dijual di Malaysia.

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 03

Dari sudut struktur dan rekaan enjin 3 Silinder berkenaan, syarikat itu dikatakan akan menggunakan model terkemuka Yamaha, MT-09 sebagai rujukan.

Juga baca: QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 04

Begitupun, Zontes berkata mereka akan lebih fokus kepada prestasi berbanding Yamaha dengan penggunaan nisbah mampatan lebih tinggi (13.5:1) selain menerapkan elemen yang kebiasaannya digunakan dalam segmen Superbike.

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 05

Sebagai perbandingan, Yamaha MT-01 menggunakan nisbah mampatan (11.5:1), Triumph Street Triple RS 765 cc (12.5:1), Speed Triple 1200 RS (13.2:1) manakala MV Agusta F3 800 (13.3:1). Justeru, ia akan menjadi enjin 3 Silinder dengan nisbah mampatan tertinggi di dunia.

Juga baca: Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM 37,888

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 06

Dan hasilnya menurut Zontes, enjin berkenaan akan memiliki lebih kuasa serta tork menghampiri 80 peratus kuasa yang dijana enjin 1,000 cc 4 Silinder Sebaris.

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 07

Sekalipun sasaran mereka bukan mencapai aras kuasa 200 Hp, namun itu mungkin berada di sekitar 150 Hp sekaligus menjadi motosikal buatan China paling berkuasa, mengatasi Benelli 1200GT (1,200cc, 135 Hp) dan CFMoto 1250TR-G (140 Hp) dengan kedua-duanya menggunakan enjin sedia ada dari syarikat Eropah.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Enggan terus dilabel 'kerdil', Zontes sedang bina enjin 3-silinder, 1,000 cc! 08

Lakaran imej pereka untuk motosikal 3 Silinder Zontes

Ketika ini, tiada sebarang garis masa bila motosikal 3 Silinder, 1,000 cc buatan Zontes itu akan dilancarkan namun apa yang pasti, ia perkembangan yang mengujakan.

Rujukan: Cycleworld

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda