window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul?

Haris Β· Oct 3, 2022 06:30 PM

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 01

Daihatsu Ayla Turbo Concept, foto: Carmudi.co.id

Hatchback mini Toyota-Daihatsu kegemaran ramai iaitu Toyota Agya dan Daihatsu Ayla dilaporkan bakal membuat pelancaran generasi baharu secara global pada Mac 2023. Selain daripada pasaran Indonesia, hatchback segmen-A ini juga dipasarkan di Afrika Selatan, Tunisia dan Amerika Latin serta dikenali dengan nama Toyota Wigo di Filipina, Sri Lanka, Brunei dan Vietnam.

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 02

Menurut laporan oleh OtoDriver, sumber yang tak dapat dinamakan itu memberitahu portal penerbitan itu mengenai pelancarannya dengan menyebut, "Tahun depan model change (akan) muncul. Kemungkinan di bulan Mac 2023."

Baca: Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 01

Enjin 1.0 liter aspirasi semulajadi sekarang

Menariknya, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla generasi baharu dispekulasikan untuk menerima rangkaian kuasa daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize (Perodua Ativa), yakni enjin 3-silinder 1.0 liter turbocaj.

Jika benar, Ayla dan Agya generasi seterusnya akan menjadi model pertama LCGC (Low Cost Green Car, kenderaan cekap tenaga bagi Indonesia) yang menggunakan enjin induksi paksaan.

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 02

Selain daripada enjin turbo tersebut, enjin lain yang berkemungkinan besar akan dipasang pada generasi seterusnya Ayla dan Agya ialah enjin 1.2 liter aspirasi semula jadi petrol - tambahan kapasiti enjin berbanding model sekarang.

Baca: Bocor! Enjin 1.2 liter NA baharu untuk Raize-Rocky jadi petanda model baru Toyota-Daihatsu akan menyusul?

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 03

Bagi pasaran Indonesia, kedua-dua enjin akan dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik CVT Dual Mode (D-CVT) yang lebih moden dan kini digunakan secara meluas dalam rangkaian kenderaan perkongsian Daihatsu-Toyota.

Bukan itu sahaja, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya generasi baharu ini juga dikatakan akan dibangunkan pada platfom Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Bagaimana dengan pasaran Malaysia?

Enjin 1.0 Turbo baharu untuk hatchback mini Toyota-Daihatsu, Perodua Axia Turbo D74A menyusul? 04

Pembangunan Perodua Axia berkait rapat dengan duo Indonesia Ayla dan Agya ini justeru kemas kini baharu ini memberi bayangan bahawa Axia generasi baharu hampir tiba.

Kini dikenali dengan kod nama D74A, tugas pembangunan untuk Perodua Axia generasi baharu kini sedang berjalan dan dijangka akan membuat penampilan sulung tempatan pada masa yang sama, atau lewat sedikit daripada model kembarnya di Indonesia.

Walaubagaimanapun, spesifikasi enjin yang ditawarkan boleh berpihak kepada kajian pasaran dan tidak mengikuti pasaran serantau namun peluang untuk mengekalkan enjin 1.0 aspirasi semulajadi 1KR-VE adalah tipis.

Baca: Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda