window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja!

Faisal ยท Jul 5, 2022 04:30 PM

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja! 01

Nampaknya, enjin 1.5L turbo 3 silinder yang beransur pada Proton X70 facelift akan turut digunapakai pada Proton X90 2023. Tidak cukup dengan itu, ia akan turut diguna pada model-model Proton yang akan datang (sedan pertama yang berasaskan model Geely?).

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja! 02

Enjin 3 silinder pada Proton X70 facelift ada penutup enjin yang menggunakan bahan penyerap gegaran untuk mengurangkan getaran dan bunyi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Encik Roslan Abdullah sewaktu sesi lawatan media ke Proton Engine Factory di Tanjung Malim pagi tadi. Kata beliau, enjin 1.5 TGDi dan varian yang boleh disokongnya akan memainkan peranan utama untuk barisan model Proton akan datang.

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja! 03

Encik Roslan memberitahu tentang model Proton akan datang dalam masa 2 tahun ini.

Dalam masa yang sama, Encik Yusri Yusuf iaitu Pengarah Senior untuk Strategi Korporat Proton turut berkata bahawa enjin 1.5 TGDi akan menjadi tunjang utama untuk model-model baru yang menggunakan platform Geely.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai enjin 1.5 TGI yang diguna pada Proton X50 varian bawah, ia akan kekal diimport.

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja! 01

Intipan SUV Proton yang berasaskan Geely Haoyue.

Menariknya, Encik Roslan sendiri sempat mengumumkan bahawa syarikat itu berhasrat untuk melancarkan tiga model baru dalam masa 2 tahun ini. Yang hampir pastinya adalah “Proton X90” iaitu SUV besar yang menggunakan asas Geely Haoyue. Lagipun, samarannya telah banyak kali kelihatan di atas jalan raya kita.

Juga bacaSpyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton?

Enjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja! 02

Encik Yusri membentangkan pelan jangka masa panjang Proton secara terperinci.

Selain daripada itu, Proton juga sedang melihat ke aspek elektrifikasi. Bagi anda yang belum tahu, mereka turut bekerjasama dengan Geely untuk kea rah trenkuasa yang lebih mesra alam. Antara yang terkandung dalam pelan Proton adalah hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan EV (BEV).

Jadi, sama-sama kita tunggu.

Juga bacaRebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda