window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022!

Haris · Oct 31, 2022 11:59 AM

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022! 01

Jika anda seorang peminat enjin dan bermazhab "timing chain > timing belt", anda mungkin pernah mendengar tentang anugerah Wards 10 Best Engines and Propulsion Systems.

Setiap tahun, Wards Auto akan menganugerahkan 10 enjin terbaik pada berdasarkan ujian mereka dan pada tahun 2022, Nissan telah menerima trofi ke-19 dengan enjin 1.5 liter Variable Compression Turbo (VC-Turbo) yang dipasang pada Nissan Rogue baharu (dikenali sebagai Nissan X-Trail generasi T33 untuk pasaran Malaysia).

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model pasaran Amerika Utara kepada Nissan X-Trail T33 hanya mempunyai satu enjin yang ditawarkan iaitu unit VC-Turbo ini. Panel hakim Wards telah menguji sejumlah 29 enjin serba baharu atau dipertingkatkan secara meluas melalui ujian rutin kehidupan seharian dengan kriteria penilaian termasuk kuasa kuda, tork, bunyi enjin, penjimatan bahan api dan beberapa kriteria lain.

Baca: Nissan X-Trail 2021 serba baru bakal dirasmikan di China, pakai enjin 1.5L turbo 3 silinder?

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022! 01

Lebih menarik lagi, para hakim menghamburkan pujian yang tinggi untuk enjin VC-Turbo di mana ia juga turut memenangi anugerah China Heart Top 10 Best Engines 2021.

Dalam satu pujian yang diberikan, "Enjin ini memberi inspirasi kepada perkataan yang tidak pernah diucapkan dalam ayat yang sama dengan 'enjin 3 silinder': Sangat lancar, sangat senyap semasa melahu, serta menyenangkan untuk dipandu dalam trafik lalu lintas atau di lebuh raya," ujar salah seorang hakim, Drew Winter.

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022! 02

"Ia memecahkan rekod tetapi apa yang dilakukan oleh VC-Turbo di dalam enjin itu adalah luar biasa dan inovatif," tambah hakim Bob Gritzinger. "Menggunakan teknologi yang terbukti pada enjin 3-silinder memberikan anjakan paradigma kepada pengguna dan pelanggan lantas menjadikan Nissan Rogue (antara SUV) yang paling laris."

Baca: 33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70?

Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022! 03

VQ25DE seperti yang digunakan pada Cefiro A32

Wards sebelum ini telah memberi anugerah kepada enjin turbo mampatan boleh ubah Nissan sebanyak dua kali sejak penampilan pertamanya pada 2019 - ketika itu hadir sebagai enjin 4-silinder 2.0 liter.

Enjin itu pertama kali digunakan pada Nissan Altima tetapi enjin Nissan yang paling banyak dianugerahkan ialah enjin siri VQ yang tersenarai dalam anugerah Wards 10 Best Engines and Propulsion Systems setiap tahun antara 1995 hingga 2008.

Baca: Enjin Proton X50 1.5L Turbo menang anugerah - tetapan 3 silinder berteknologi tinggi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda