Enjin baharu 1.0 liter turbo Perodua D55L, kereta mana lagi yang guna enjin ini?
Haris · Feb 24, 2021 11:59 AM
0
0
Seperti yang umum sedia maklum, Perodua bakal menampilkan enjin 1.0 liter turbo 1KR-VET bagi model Perodua Ativa ini. Dengan kapasiti enjin yang rendah dan jumlah silinder ganjil, tentunya sesetengah pihak yang kurang cakna dengan kemajuan industri automotif akan memandang enteng.
Oleh yang demikian, di sini kita bandingkan beberapa model kereta yang menggunakan enjin ini.
Enjin 1KR-VET diperkenalkan pada tahun 2016. Sebelum dilengkapi pada Toyota Raize - Daihatsu Rocky - Perodua Ativa, enjin padu ini dilengkapi pada model Toyota Roomy dan Daihatsu Thor.
Selain daripada Toyota Roomy dan Daihatsu Thor, enjin tersebut juga dilengkapi pada model Toyota Tank. Walaubagaimanapun, Toyota Tank telah digugurkan dari barisan model Toyota pada September 2020.
Kesemua model dengan enjin 1KR-VET sebelum ini adalah model MPV tetapi ia hanyalah sekadar MPV 'kei-car'. Seperti yang kita sedia maklum, kereta kei ini memang popular di Jepun. Sebagai contoh, model Toyota Roomy adalah 10 model paling laris di Jepun pada tahun 2020.
Aspek teknikal 1KR-VET
Secara mudahnya, enjin 1KR-VET adalah enjin dengan penambahan turbo bagi enjin 1KR-VE yang digunakan pada Perodua Bezza 1.0 dan Perodua Axia. Seperti Hang Tuah, kekuatan enjin Perodua Ativa terletak pada huruf 'T' nya.
Dengan penambahan turbo, peningkatan kuasa yang ditawarkan pada enjin 1KR-VET agak mendadak. Peningkatan sebanyak 30 PS kuasa kuda dan 50 nm tork berbanding enjin 1KR-VE. Berikut adalah perbandingannya.
1KR-VET vs 1KR-VE
Enjin
1KR-VET
1KR-VE
Kuasa Kuda
98 PS
68 PS
Tork
140 Nm
91 Nm
Malah, output kuasa pada Perodua Ativa menyaingi Nissan Almera turbo yang menghasilkan sebanyak 100 PS turbo dan 152 Nm tork,.
Prestasi enjin 1.0 liter turbo?
Toyota Raize mencatatkan sehingga 9.6 saat dalam ujian pecutan 0-100 km/j. Sebagai perbandingan, Proton X50 Flagship mencatatkan 8.6 saat dalam ujian yang sama.
Perbezaan 1 saat tersebut dicatatkan berdasarkan aspek teknikal dan fizikal kedua-dua model.
Toyota Raize dikonfigurasikan sebagai kenderaan pacuan semua roda (AWD) yang lebih berat. Ia juga tidak mempunyai tayar simpanan belakang.
Perodua Ativa pula dikonfigurasikan sebagai kenderaan pacuan hadapan (FWD) dengan tambahan tayar simpanan belakang.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.