EON buat kemunculan semula! Kembali jual Proton dengan logo baru!
Haris · Nov 2, 2020 10:30 AM
Dalam sebuah pengumuman yang mengejutkan, EON ataupun Edaran Otomobil Nasional telah melakukan kemunculan semula dalam industri automotif Malaysia. Lebih menarik, kemunculan ini terjadi selepas pelancaran Proton X50, SUV segmen B terbaru dari Proton.
EON mengumumkan 9 rangkaian pusat pengedar Proton di seluruh Malaysia. Kesemua 9 pusat pengedar tersebut diambil alih daripada Proton Edar Sdn Bhd.
Terdapat 4 pusat 4S (sales, service, spares, spray) dan 3 cawangan pusat 3S. 4 cawangan terletak di lembah Klang dan dua cawangan lagi masing-masing di Johor dan Pulau Pinang.
Bersama-sama dengan pengambilalihan tersebut, EON turut mempertontonkan logo baru. Hal ini bagi menandakan bahawa EON kini sudah melakukan anjakan paradigma terhadap persepsi dan konotasi yang selama ini dikaitkan dengan EON.
Logo lama
“Logo baru ini adalah anjakan sepenuhnya dari logo EON sebelum ini,"
"Dengan Proton membuat kemunculan semula yang mantap dengan rangkaian model baru dan yang dikemaskini, EON berada pada posisi yang terbaik untuk memanfaatkan populariti kereta nasional tersebut.
"Penambahan jenama Proton ke barisan model yang dijual oleh EON menambah sinar ke dalam senarai jenama yang diuruskan syarikat."
Pada waktu ini, EON menjual jenama Jerman, Audi dan Volkswagen serta mempunyai rangkaian pengedar Mitsubishi dari Jepun.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen