window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun!

Faisal · Oct 18, 2022 03:00 PM

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun! 01

EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan SAEAN Group Inc dari California baru-baru ini telah menandatangi perjanjian Memorandum of Understanding (MoU) yang menyasarkan pengeluaran 20,000 kereta elektrik setiap tahun untuk pasaran Asia Tenggara.

Perkara ini sebenarnya satu batu loncatan buat EPMB kerana mereka selama ini hanya mengeluarkan skuter elektrik sahaja. Untuk makluman anda, EPMB telah lama menjadi pembekal alat ganti utama kepada beberapa syarikat OEM automotif.

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai MoU tersebut, mereka akan bekerjasama dengan SAEAN untuk membangunkan sebuah EV segmen A. Secara amnya, SAEAN akan menawarkan pengetahuan teknikal dan reka bentuk. EPMB pula akan membekalkan sumber dan maklumat pasaran yang diperlukan untuk membangunkan EV yang mana ia terdiri daripada aspek pengeluaran, bekalan dan jualan.

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun! 01

Menurut Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah, “Kami bersedia menjadi salah satu pengeluar kereta elektrik tempatan pertama di Malaysia. Ketika ini, kebanyakan pengguna masih tidak dapat merasai EV kerana harganya mahal. Dengan kerjasama ini, kami berharap boleh menggunakan lebih banyak sumber tempatan untuk menyokong pemasangan kenderaan tempatan kami. Semoga penjimatannya menterjemahkan kepada kos kemasukan dan pengendalian yang lebih murah”.

Untuk pengetahuan anda, SAEAN memiliki lebih 120 paten berkaitan EV dan mereka ada pusat penyelidikan dan pembangunan di Korea Selatan. Menariknya, mereka akan memulakan pengeluaran EV sport terhad pada tahun 2023 yang khas untuk pasaran Amerika dan syarikat itu juga sedang berusaha untuk masuk dalam senarai Nasdaq.

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun! 02

Menurut John Lee iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SAEAN, “Sebagai sebuah syarikat yang telah melabur banyak dalam membangunkan kereta EV, pemeteraian hari ini menandakan satu peristiwa penting bagi SAEAN Group Inc kerana kami akhirnya dapat kenal rakan kongsi pembuatan, EPMB yang tersenarai di Bursa Malaysia, untuk bergabung tenaga dalam menghasilkan kereta EV”.

EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun! 03

"Malaysia akan menjadi hab kami untuk menerokai pasaran Asia Tenggara dengan rancangan lanjutan untuk terus mengeksport ke A.S., Kanada, Korea Selatan, Jepun dan Eropah”.

Secara amnya, MoU di antara kedua-dua pihak akan menyelesaikan butiran mengenai saiz pelaburan, lokasi, harga produk dan garis masa untuk pelancaran komersial.

Sumber: Berita Harian

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia