window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran!

Khairil ยท Jul 5, 2021 07:30 PM

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 01

Sejak bertahun-tahun, syarikat pengeluar motosikal terkemuka Jerman, BMW Motorrad sentiasa menunjukkan minat untuk menghasilkan motosikal elektrik dengan reka bentuk dan bercirikan futuristik.

Baru-baru ini, jenama yang berpangkalan di Berlin itu mendedahkan akan melancarkan motosikal baharu pada tarikh 7 Julai ini dan menerusi 'teaser' yang disiarkan, ia berkemungkinan besar adalah sebuah skuter berkuasa elektrik dengan siri CE-04.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 01

Penghasilan CE-04 sememangnya bukan rahsia. Ia sudah pun dipertontonkan tahun lalu dengan nama Definition CE-04 dan mengambil inspirasi daripada model konsep Link 2017.

Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 02

BMW Link

Sekalipun BMW tidak memberikan sebarang kenyataan, teaser di Twitter berkenaan menunjukkan secara sekilas ia adalah sebuah model skuter futuristik, sama seperti model yang imej intipnya tersebar pada Mei lalu.

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 03

Imej skuter dipercayai BMW CE-04 yang tertiris pada Mei lalu

Daripada video teaser berkenaan juga, terpapar dengan jelas tulisan BMW Motorrad CE-04 di sisi motosikal berkenaan bersama kluster instrumen digital yang canggih.

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 04

Menguatkan lagi ia adalah model elektrik adalah menerusi tanda emoji bateri pada hantaran berkenaan bersama tanda #PluggedToLife.

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 05

BMW C Evolution

Ketika ini, BMW Motorrad sudah pun mempunyai sebuah model skuter elektrik iaitu BMW C Evolution namun CE-04 pastinya lebih canggih dan futuristik.

Daripada reka bentuk, ia dikatakan tidak banyak berubah berbanding model yang imejnya diintip sebelum ini.

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

Era baharu bermula. Skuter elekrik BMW CE-04 diambang pelancaran! 06

Tiada sebarang perincian lanjut mengenai spesifikasi teknikal motosikal ini namun kepada peminat, jangan terlalu berharap ia berprestasi tinggi kerana BMW Motorrad sebelum ini pernah menyatakan skuter buatannya adalah kenderaan yang praktikal untuk kegunaan harian.

Sumber: Carscoops

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda