window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ETCM pakat dengan pemilik Nissan Almera untuk bantu mangsa banjir & kerja membaik pulih

Faisal · Feb 10, 2022 12:00 PM

ETCM pakat dengan pemilik Nissan Almera untuk bantu mangsa banjir & kerja membaik pulih 01

Pengedar Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) sekali dengan peserta-peserta yang masuk dalam Nissan Almera Turbo Efficiency Charity Drive baru-baru ini telah berganding bahu dalam menyokong mangsa-mangsa banjir yang melanda negara kita tempoh hari.

Sejumlah RM 20,000 telah berjaya dikutip dalam usaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. RM 10,000 daripadanya akan disalurkan kepada Pusat Jagaan Baitul Hidayah, manakala Rumah SVP Klang dan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Klang Utama Caring Home masing-masing akan menerima RM 5,000.

Bagi anda yang belum tahu, Pusat Jagaan Baitul Hidayah di bertempat di Puchong adalah rumah kebajikan kanak-kanak yang menempatkan anak-anak yatim dan kanak-kanak dari keluarga yang kurang pendapatan. Pusat ini buat masa sekarang menjaga 65 kanak-kanak lelaki yang berumur di antara 3 – 16 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ETCM pakat dengan pemilik Nissan Almera untuk bantu mangsa banjir & kerja membaik pulih 01

Kata pengurusnya, Puan Saadiah, “Banjir yang melanda tempoh hari mengakibatkan pusat kami tenggelam. Ia berlaku dengan begitu cepat sampaikan kami tidak sempat untuk selamatkan apa-apa. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kami dan saya bersyukut kerana semua kanak-kanak masih selamat. Bagi pihak mereka, kami cukup bersyukur di atas sokongan yang diberi oleh ETCM dalam menempuh waktu-waktu sukar ini. Ini sememangnya meringankan bebanan harian kami.

Rumah SVP Klang pula menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik dan mereka yang hanya mempunyai ibu atau bapa. Mereka selama ini telah menjaga 11 kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Klang Utama Caring Home pula menjaga 43 orang anak yatim yang berumur sekitar 1.5 – 24 tahun.

Secara amnya, hasil dana sebanyak itu akan diguna untuk kerja-kerja membaik pulih banjir, termasuklah membeli barangan keperluan, makanan, barangan kebersihan peribadi dan membaiki kawasan rumah yang terkesan.

ETCM pakat dengan pemilik Nissan Almera untuk bantu mangsa banjir & kerja membaik pulih 02

Untuk makluman anda, ETCM turut bekerjasama dengan Tan Chong Expres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) bagi menjalankan program Flood Relief Assistance yang mana ia dikhususkan untuk kereta-kereta Nissan yang rosak akibat banjir yang melanda.

Juga bacaPemilik kenderaan Nissan terjejas banjir dapat tunda percuma, diskaun 20%

Salah satu daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang syarikat itu sedang lakukan adalah meminjamkan enam kenderaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan MITI bagi tujuan membantu mangsa manjir dan program vaksinasi nasional. Untuk pengetahuan anda, MITI menerima dua Nissan Navara. The HOPE Branch (Pertubuhan Harapan Amal Harith Iskandar) pula menerima satu unit. MERCY Malaysia pula dapat dua Navara dan satu MPV Nissan Serena.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda