window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah!

Haris · Jan 7, 2022 09:00 AM

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah! 01

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengalu-alukan tahun baru Harimau dengan pengenalan warna tahun baharu istimewa untuk Nissan X-Trail 2.0L Mid dan Nissan Serena S-Hybrid 2.0L Premium Highway Star yang popular.

Nissan X-Trail, dilengkapi dengan teknologi pemanduan dinamik Nissan Intelligent Mobility (NIM) seperti Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Forward Emergency Braking, Intelligent Cruise Control, Lane Departure Warning, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert and High Beam Assist.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah! 01

Dan kini, Nissan X-Trail 2.0L Mid hadir dengan pilihan warna Monarch Orange baharu untuk pelanggan membawanya ke rumah saudara mara di musim perayaan ini!

Nissan Serena S-Hybrid 2.0L Premium Highway Star menampilkan tema dua tona, tambahan pilihan warna Merah Radiant baharu dengan bumbung terapung hitam yang tersendiri.

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah! 02

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101), dan didatangkan dengan ciri-ciri inovatif seperti Pintu Gelangsar Dwi Kuasa Bebas Tangan, Pintu Belakang Dwi, 7 Port Berkuasa USB , Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan sambungan telefon pintar Apple CarPlay™ dan Android Auto tersedia.

Model Nissan Serena S-Hybrid 2.0L Premium Highway Star dalam Radiant Red dan Nissan X-Trail 2.0L Mid berwarna Monarch Orange ini adalah stok model tahun 2022.

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah! 03

Untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, ETCM juga telah melanjutkan promosi Kadar Faedah 1.88% yang menarik untuk model Nissan terpilih sehingga 28 Februari 2022. Kempen Tahun Baru Cina ini memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli dan mendaftar model Nissan serta berpeluang untuk menyertai dan memenangi Baucar Lazada sehingga RM 50,000*.

ETCM sambut Tahun Baru Cina dengan oren dan merah, pandu uji pun boleh menang hadiah! 04

Selain itu, pelanggan yang memandu uji Nissan Almera Turbo serba baharu semasa tempoh kempen juga layak memenangi baucar Watsons RM 500*. Semak promosi ini lebih lanjut di bilik pameran Nissan berdekatan dengan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nissan.com.my atau hubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma & syarat

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda