window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box!

Haris · Dec 29, 2022 11:00 AM

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 01

EP Manufacturing Berhad (EPMB), pengeluar alat ganti kenderaan telah disahkan menerima hak eksklusif untuk memasang dan mengedarkan kereta elektrik yang dibangunkan Lingbao untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.

Menurut laporan daripada Berita Harian, syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, anak syarikat milik penuh EPMB, EP 4Wheeler Sdn Bhd, telah menandatangani Perjanjian Pengedar Eksklusif pada 27 Disember 2022 dengan Hubei Dongfeng Power Auto Trade Co Ltd dan Xiamen Tsingyan Hylong Motor Technology Co Ltd untuk memasang dan menjual kereta Lingbao Box pemanduan kanan.

Perjanjian yang dimaterai selama 5 tahun itu juga memberi pilihan kepada EPMB sama ada mahu menggunakan jenamanya sendiri untuk kenderaan elektrik (EV) atau mengekalkan jenama Lingbao.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: EPMB sasar menjadi pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia, sasar 20k unit setahun!

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 01

"EPMB diberi hak untuk mengedarkan kereta di bawah jenama sendiri atau jenama LINGBOX Auto atau Qingyan Hailong. Usaha ini adalah satu langkah tepat ke arah mencapai cita-cita perdagangan kredit karbon EPMB.

"Perjanjian itu berkuat kuasa dari 1 Januari 2023 dan tamat tempoh pada 31 Disember 2027 dan akan diperbaharui secara automatik untuk lima tahun lagi, tertakluk kepada terma dan syarat," ujarnya dalam kenyataan media.

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 02

Model baharu, Lingbao Box Cai Wenji

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, perjanjian dengan Hubei Dongfeng dan Xiamen Tsingyan itu mengukuhkan lagi kehadiran EPMB dalam perniagaan EV, selain perkongsian dengan Kumpulan SAEAN untuk mengeluarkan kereta segmen A secara besar-besaran dan perjanjian untuk mengeluarkan motosikal elektrik berjenama Blueshark untuk pasaran Asia Tenggara.

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 03

"EPMB teruja untuk dikaitkan dengan jenama Lingbao, yang merupakan salah satu jenama kereta yang paling pesat berkembang di China. Dengan peningkatan minat untuk EV di Malaysia dan Indonesia.

"Kumpulan menjangkakan sambutan yang baik untuk Lingbao Box dan kami berharap untuk membawa masuk lebih banyak model baharu untuk menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran EV serantau. Ini akan mewujudkan satu lagi aliran hasil untuk EPMB," tambahnya.

Baca: EPMB dah peroleh kelulusan MITI untuk CKD motosikal elektrik BlueShark, sasar pengeluaran 50k unit setahun!

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 04

Lingbao adalah salah satu jenama kereta elektrik terbaharu di China di mana pertamanya digelar "Box" sahaja. Malah, ia tidak mempunyai nama lain di China dan tetap digelar Lingbao Box (凌宝BOX).

Lingbao Box diposisikan sebagai kereta-Kei dari China dengan tempat duduk yang mampu memuatkan 5 orang dewasa dan lebih banyak ruang daripada Wuling Hongguang Mini EV yang sangat popular.

Baca: Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah!

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 05

Dari segi teknikal, ia merupakan hatchback elektrik empat pintu dengan dimensi 3460 mm panjang, 1475 mm lebar, 1615 mm tinggi dan jarak roda 2455 mm. Bentuk badannya kelihatan sedikit sempit dengan garis bumbung yang tinggi dan lampu bulat. Jarak kelegaan tanah Lingbao Box hanya 121 mm.

Bagi variannya pula, ia tersedia dengan 2 pilihan motor elektrik iaitu unit motor 30-kW atau motor 35-kW.

EV bawah RM 100k pertama Malaysia? EPMB sah dapat hak eksklusif untuk Lingbao Box! 06

Model pra-facelift 

Unit 30-kW menggunakan bateri lithium iron phosphate (sehingga 19 kWj) yang hanya menyokong pengecasan perlahan dengan jarak gerak sehingga 180 km. Unit 35-kW pula menggunakan bateri ternary lithium (sehingga 35 kWj) yang menyokong pengecasan perlahan dan pantas dengan jarak gerak sehingga 351 km.

Seperti biasa, Wapcar.my pernah menulis mengenai kereta elektrik kompak ini. Ikuti pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai Lingbao Box.

Baca: Jimai Lingbao Box - jelmaan 'Perodua Kelisa moden' dalam bentuk kenderaan elektrik (EV)?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda