window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat?

Faisal · Feb 14, 2022 07:00 PM

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 01

Foto sekadar ilustrasi.

Crossover elektrik, Ford Mustang Mach-E nampaknya akan tiba ke pasaran pandu belah kanan (RHD) di Asia Pasifik (APAC) tetapi ia bukanlah dalam masa yang terdekat.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 02

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Ford tidak mengecualikan langsung pasaran seperti Malaysia.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 03

Stok Mustang Mach-E di pelabuhan Norway.

Bagi anda yang belum tahu, crossover EV ini adalah antara yang paling popular di Eropah. Malah pada Mei 2021, ia merupakan EV paling laku di Norway. Walaupun jualan Mustang asal di pasaran seperti Amerika Utara lebih laris (52,414 unit pada tahun 2021), Ford tetap bangga dengan Mach-E yang mana mereka berjaya mengaut jualan sebanyak 27,140 unit. Secara tidak langsung, mereka menduduki tangga kedua di belakang Tesla Model Y untuk segmen crossover elektrik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaTony Fernandes ‘show off’ Tesla model Y baharu, komen penuh minta duit ‘refund’ AirAsia!

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 01

Menariknya, produksi Mach-E tidak cukup untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan. DIsebabkan inilah ia lambat untuk tembus pasaran RHD.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 02

Kilang Mustang Mach-E di Mexico.

Sebagai langkah proaktif, Ford akan melipat gandakan produksti tahunan Mach-E kepada 200,000 unit menjelang tahun 2023.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 03

Secara amnya, jentera Mach-E dihasilkan di kilang pemasangan Cuautitian, Mexico dan Chongqing, China. Produksi ini juga adalah hasil usaha sama dengan Changan Automobile tetapi kebanyakan pasaran akan menerima unit yang dipasang di Mexico.

Dari segi teknikal, Mustang Mach-E hadir dengan varian pacuan roda belakang (RWD), pacuan semua roda (AWD) dan Mach-E GT.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 04

Angka prestasi Ford Mustang Mach-E
Varian Kuasa (PS) Tork (Nm) 0-100 km/j (s)
Mach-E RWD SR 269 430 5.8
Mach-E RWD ER 294 6.1
Mach-E AWD 350 580 4.8
Mach-E GT 487 813 3.8

Varian Standard Range (SR) menggunakan dua pek bateri yang berkapasiti 75.7 kWj. Varian Extended Range (ER) dan AWD pula datang dengan kapasiti 98.7 kWj. Kalau anda perasan, output ER lebih tinggi tetapi pecutan 0-100 km/j sebenarnya lebih perlahan.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 05

Dari segi jarak pandu, Mustang Mach-E boleh berjalan sejauh 609 km (kitaran WLTP).

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 06

Menurut Ford, Mach-E boleh mengecas dari 10-80% dalam masa 7.2 jam (jenis AC). Kalau pengecas pantas DC 50 kW pula, ia mengambil masa 90 minit sahaja.

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 07

Buat masa ini, satu-satunya pasaran RHD yang menjual Mustang Mach-E adalah UK dan harga di sana bermula dari 41,330 GBP (~RM 234,000).

Juga bacaTeknologi dan infrastruktur EV jadi fokus MOSTI tahun 2022 ini, EV bakal lebih mesra rakyat?

EV Ford Mustang Mach-E tidak dikecualikan dari Malaysia langsung, harapan buat peminat? 08

Dengan insentif pengecualian cukai import, eksais dan jualan untuk EV CBU sehingga 31 Disember 2023, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mungkin akan membawa masuk Mustang EV ini ke pasaran Malaysia. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Juga bacaBajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Ford Mustang 2.3 EcoBoost

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia