window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu

Faisal ยท Oct 1, 2022 12:00 PM

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu 01

Pengumuman perjanjian antara BYD dan Sime Darby Motors tempoh hari telah mengesahkan dua pelancaran EV BYD iaitu crossover Atto 3 dan MPV e6. Untuk kali ini, mari kita lihat BYD e6 dengan lebih dekat.

Apa itu BYD e6?

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu 02

Ia adalah sebuah MPV dari pengeluar BYD dan saiznya sendiri lebih kurang sama dengan Toyota Innova. Dari segi dimensi, perbezaan saiznya adalah seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Perbandingan saiz
Dimensi e6 Innova Serena
Panjang (mm) 4,695 4,735 4,770
Lebar (mm) 1,810 1,830 1,740
Tinggi (mm) 1,610 1,830 1,865
Jarak roda (mm) 2,800 2,750 2,860

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu 01

Sama seperti Atto 3, BYD e6 juga berpacuan roda depan dan ia dipandu oleh motor elektrik yang berkuasa 95 PS/180 Nm. 0 -100 km/j pula belum didedahkan tetapi kelajuan tertingginya adalah pada 130 km/j.

Bateri yang digunakan pula berkapasiti 71.7 kWj dan jarak pandu berdasarkan kitaran WLTP adalah 522 km. Untuk mengecaj, ia menyokong pengecasan AC 40 kW, manakala pengecasan DC pula boleh pergi sehingga 60 kW.

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu 02

Berdasarkan BYD e6 yang ada di Singapura, antara ciri yang didatangkan termasuklah 4 beg udara, but belakang berkuasa, skrin infotainment 10.1 inci dan rim 17 inci. Malangnya, sistem bantuan keselamatan ADAS tiada langsung.

Buat masa sekarang, dalam rantau ini, hanya Singapura sahaja yang menjual BYD e6 tetapi dengan kadar COE yang diwajibkan, agak sukar untuk membuat perbandingan harga. Di Australia pula, BYD e6 dilaporkan berharga bawah 40,000 AUD (~RM 120k) yang mana ia lebih murah daripada Atto 3.

Juga bacaSAH: BYD akan tiba di Malaysia melalui Sime Darby Motors, Atto 3 & e6 bakal dilancarkan!

EV termurah di Malaysia? MPV BYD e6 bakal tiba & ini segala apa yang anda patut tahu 03

Setakat ini, BYD e6 untuk Malaysia belum lagi diberitahu sama ada ia akan diimport dari negara mana tetapi kumpulan awal mungkin dibawa masuk dari China sebelum kilang produksi di Thailand beransur.

Juga bacaRM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

BYD E6 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia