window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah!

Faisal Β· Nov 21, 2022 12:00 PM

EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah! 01

Seperti yang anda tahu, kereta elektrik (EV) yang ada di merata dunia sekarang bukannya murah. Tetapi di Thailand baru-baru ini, satu kejutan telah berlaku yang mana dalam masa 1 jam sahaja, Toyota bZ4X telah habis dijual.

Untuk pengetahuan anda, tempahannya dibuka pada 9 November jam 8 malam dan dalam masa 1 jam sahaja, Toyota Motor Thailand telah mengutip sehingga 1,064 tempahan. Menurut laporan Headlight Mag, bilangan itu turut meningkat 3 kali ganda dalam masa sehari – tempahan sehingga 10 November yang terkumpul pula adalah 3,356 unit.

EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Awal bulan ini, pelanggan yang berminat dengan EV BYD Atto 3 di sana juga beratur panjang dari awal pagi buta. Untuk makluman anda, Atto 3 berjaya mengutip sebanyak 2,507 tempahan dalam hari pertama mereka. Fenomena yang sama juga berlaku pada MG 4 yang mana ia merekodkan sehingga 1,598 tempahan dalam masa 8 jam pertama.

Juga bacaPelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone?

Tetapi yang hebatnya mengenai Toyota bZ4X ini adalah harganya jauh lagi mahal.

Secara teknikalnya, Toyota bZ4X dilancarkan di Thailand pada harga 1,836,000 (~RM 235k). Hanya varian pacuan semua roda (AWD) sahaja yang ditawarkan iaitu spesifikasi bateri ion-litium 71.4 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 411 km (kitaran WLTP).

Juga baca: Harga RM 236k murah, Toyota bZ4X terima lebih 3,000 tempahan sehari di Thailand!

Kuasa bateri itu disalurkan ke dua motor elektrik yang menghasilkan output 218 PS dan 337 Nm tork. Dari segi pengecasan, SUV EV ini menyokong jenis AC Type 2 (sehingga 6.6 kW). Pengecasan pantas DC CCS2 pula sampai 150 kW dan mengecas dari 0 – 80% boleh dilakukan sepantas 30 minit.

EV Toyota bZ4X di Thailand habis licin dalam masa 1 jam; harga RM 235k? Tiada masalah! 01

Dari segi kelengkapan, Toyota bZ4X di Thailand datang dengan lampu eksterior LED, rim 20 inci dan 5 pilihan warna. Pada bahagian dalam pula, terdapat bumbung suria panoramik, kluster digital penuh dan infotainment 12.3 inci (sistem audio JBL dengan 9 pembesar suara).

Di Malaysia, pelancaran Toyota bZ4X akan berlangsung pada tahun 2023. Butiran lanjut mengenainya akan menyusul. Jadi, teruskan ikuti perkembangan dari kami.

Juga bacaBakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia