window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib

Faisal · Feb 14, 2021 12:00 PM

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 01

Memandu kereta kadangkala boleh menjadi bosan sekiranya tiada sebarang perbualan ataupun alunan musik. Sehebat mana pemanduan sesebuah kereta sekalipun, tidak semestinya anda hendak memandu secara rancak sepanjang masa.

 

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, hampir 60% daripada pemanduan harian kita adalah secara santai. Kalau ada peneman, bolehla tahan. Tetapi kalau tiada, sunyi sepi dibuatnya. Maka itu, terhasillah idea radio di dalam kereta.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 01

Kenderaan pejabat pos British pada tahun 1937 yang mempunyai radio

Pada tahun 30-an, bermulalah pengenalan radio di dalam kereta. Menariknya, antena radio ketika itu diletakkan di dalam badan radio melalui teras besi (ferrous core).

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 02

Memandangkan kebanyakan stesen radio ketika itu menggunakan penerima AM (Amplitude Modulation), komponen ferrous core ini sudah cukup untuk menangkap isyarat radio.

Penerima FM

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 03

Peralihan teknologi radio ke FM (Frequency Modulation) memerlukan antena yang lebih berkesan.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 04

Proton Saga pertama tahun 1985 yang menggunakan antena besi yang panjang

Maka itu, terhasillah antena wayar yang diperbuat dari bahan besi atau aloi.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 05

Honda Civic generasi EK tahun 1998 menggunakan antena kawalan motor yang boleh disembunyikan sekiranya radio tidak diguna

Oleh kerana saiz yang lebih besar, ia tidak lagi muat untuk diletakkan di dalam badan radio itu sendiri.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 06

Perodua Myvi generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2005 menggunakan antena kompak

Disebabkan inilah antena radio mula diletakkan di badan kereta.  Tambahan pula, isyarat boleh diterima dengan lebih jelas.

Pembaikan kosmetik

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 07

BMW 5 Series E60 yang dikeluarkan pada tahun 2004 cukup terkenal dengan antena ekor ikan jerung 'shark fin' di bahagian belakang yang kelihatan cukup serasi sehinggakan ia menjadi satu trend

Sejak itu, antena kereta telah diinovasikan kepada saiz yang lebih kompak. Perubahan ini bertujuan untuk mengekalkan aspek aerodinamik kenderaan. Malah untuk mengekalkan estetik sesebuah kereta, reka bentuknya juga dihasilkan supaya kelihatan lebih serasi.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 08

Mercedes-Benz S-Class terbaru yang didatangkan dengan antena di cermin

Dengan zaman kini yang serba canggih, sesetengah kereta sudahpun meletakkan antena di cermin kereta sendiri. Walaupun kos pemasangan dan penggantian bermungkinan mahal sekiranya cermin tersebut pecah, tidak menafikan bahawa ia telah menjadi satu revolusi buat industri permotoran.

Evolusi antena kereta – dari tiang tinggi ke tiang ghaib 09

Radio Mazda 3 pada generasi sebelum ini sudah diserasikan sekali dengan kabin 

Malah hari ini, radio tidak lagi kelihatan di dalam kereta kerana ia telah diintegrasikan dengan papan pemuka sekaligus untuk penampilan kabin yang lebih elegan. Itulah kehebatan teknologi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda