window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004!

Zamil Syaheer · Nov 13, 2020 08:00 PM

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 01

Tahukah enjin CamPro (nama singkatan bagi "Cam Profile") adalah satu-satunya enjin kereta yang dihasilkan secara komersial dan domestik di Malaysia?

Enjin ini direka untuk membuktikan bahawa Proton mampu membina enjin mereka sendiri setelah sekian lama berpaut pada bayangan Mitsubishi.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prototaip enjin pertama mula ditunjukkan pada 6 Oktober 2000 di kilang Lotus Cars, UK sebelum ia mula digunakan secara rasmi pada Proton Gen-2 2004, termasuklah model-model lain dalam barisan Proton.

Kesemua generasi enjin CamPro menggunakan teknologi pacu melalui wayar (drive-by-wire) dan kawalan pendikit elektronik (electronic throttle control) bagi tindak balas yang lebih responsif.

Tanpa membuang masa, mari kita terjah salasilah enjin CamPro oleh Proton.

Generasi Pertama - CamPro DOHC

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 01

Enjin CamPro 1.6 liter pertama yang digunakan pada Proton Gen-2.

Enjin CamPro membuat kemunculan kali pertama pada Proton Gen-2. Ia adalah enjin 4 silinder 16-injap petrol dengan teknologi 'Dual Overhead Cam' (DOHC).

Ironinya, walaupun nama enjin ini adalah CamPro, ia tidak dilengkapi dengan 'Cam Profile Switching' (CPS) serta Variable Inlet Manifold (VIM) yang hadir pada enjin CamPro seterusnya.

Spesifikasi CamPro DOHC
Enjin CamPro 1.3 (S4PE) Campro 1.6 (S4PH)
Mekanisma injap DOHC 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,332 cc 1,597 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 73.4 mm (2.9 in) 88 mm (3.5 in)
Kuasa maksima 95 PS @ 6,000 rpm 111 PS @ 6,000 rpm
Tork maksima 120 Nm @ 4,000 rpm 148 Nm @ 4,000 rpm
Jenis minyak Petrol

Walaupun enjin ini nampak berkuasa pada kelajuan enjin yang tinggi, namun begitu ia mempunyai masalah kekurangan tork (torque dip) ketara pada 2,500 ke 3,500 rpm sebelum ia naik semula ke 4,000 rpm.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 02

Versi CamPro 1.3 DOHC.

Ini kerana asalnya enjin ini dibina berdasarkan gaya pemanduan pasaran Eropah dimana mereka lebih suka enjin yang ‘revvy’, sebab itu tork enjin ini berada pada julat yang lebih tinggi.

Kita pula banyak terikat dengan pemanduan dalam bandar dalam keadaan trafik ‘stop-and-go’, secara tak langsung mengganggu penjimatan minyak.

Generasi Kedua – CamPro CPS dan IAFM

1. Campro CPS

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 03

Pada tahun 2008, akhirnya enjin CamPro menggunakan sistem 'variable valve lift' ("Cam Profile Switching") serta 'variable length intake manifold' (VIM). Teknologi CPS sebenarnya lebih kurang sama dengan VTEC ataupun VVT-I, dimana mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm.

'Variable-length intake manifold' (VIM) pula berfungsi dengan menukar aliran 'intake manifold' panjang pada kelajuan enjin yang rendah dan 'intake manifold' pendek pada kelajuan enjin yang lebih tinggi.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 04

Imej dari Salleh Workshop.

Kereta Proton menggunakan 'intake manifold' panjang untuk mencapai aliran udara yang lebih perlahan kerana pencampuran minyak menjadi lebih baik. 'Intake manifold' pendek membolehkan lebih banyak udara masuk dengan lebih cepat. Ini berguna pada RPM yang tinggi.

Spesifikasi CamPro CPS
Enjin CamPro CPS 1.6 (S4PH)
Mekanisma injap DOHC VVL 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,597 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 88 mm (3.5 in)
Kuasa maksima 126 PS @ 6,500 rpm
Tork maksima 150 Nm @ 4,500 rpm
Jenis minyak Petrol

Enjin CPS pertama kali membuat penampilan sulung dalam Proton Gen-2 yang dilancarkan di Thailand pada tahun 2008 dan membuat penampilan sulung di Malaysia dalam Proton Waja CamPro 1.6 Premium (CPS).

Inilah dia hoverkraft yang pakai enjin CamPro 1.8,

Inilah dia hoverkraf yang pakai enjin CamPro 1.8, boleh baca disini untuk info lebih lanjut!

Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton. Sebaliknya ia membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.

2. CamPro IAFM

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 06

CamPro 1.3 IAFM di Proton Saga BLM.

CamPro IAFM secara asasnya adalah enjin CamPro DOHC generasi pertama yang dipasang 'variable-length intake manifold', dikenali sebagai "Intake Air-Fuel Module".

Sebelum anda pening sebab “eh variable-length intake manifold (VIM) ni sama macam CPS kan, sebab akronim sama?”, biar kami huraikan.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 07

IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem 'cam profile switching' pada enjin CPS. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.

Dengan sistem IAFM, masalah kekurangan tork di RPM yang lebih rendah telah diselesaikan walaupun kerana banjaran tork lebih lebar.

Spesifikasi CamPro IAFM
Enjin CamPro 1.3 IAFM (S4PE) CamPro 1.6 IAFM (S4PH)
Mekanisma injap DOHC 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,332 cc 1,597 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 73.4 mm (2.9 in) 88 mm (3.5 in)
Kuasa maksima 99 PS @ 6,500 rpm 110 PS @ 6,500 rpm
Tork maksima 113.2 Nm @ 4,000 rpm 148 Nm @ 4,000 rpm
Jenis minyak Petrol

Enjin CamPro IAFM 1.3 mula digunakan pada Proton Saga BLM pada Januari 2008, sementara versi 1.6 digunakan pada Proton Gen-2 M-line, Proton Persona, Proton Saga FL dan Proton Saga BLM Model Teksi mulai tahun 2009.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 08

'Intake manifold' IAFM.

Terdapat juga versi IAFM+ yang ditala untuk kotak gear CVT keluaran Punch Powertrain yang memerlukan operasi enjin maksima dikhadkan kepada 6,000 rpm berbanding 6,500 rpm.

Gabungan enjin Campro IAFM+ baharu dengan kotak gear CVT menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api masing-masing sebanyak 4% dan 10% bagi pemanduan bandar dan lebuh raya.

Spesifikasi CamPro IAFM+
Enjin CamPro 1.3 IAFM+ (S4PE) Campro 1.6 IAFM+ (S4PH)
Mekanisma injap DOHC 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,332 cc 1,597 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 73.4 mm (2.9 in) 88 mm (3.5 in)
Kuasa maksima 95 PS @ 5,750 rpm 110 PS @ 5,750 rpm
Tork maksima 120 Nm @ 4,000 rpm 150 Nm @ 4,000 rpm
Jenis minyak Petrol

Generasi ketiga - CamPro CFE (turbo)

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 09

Enjin CamPro CFE adalah enjin turbo bertekanan rendah dengan penyejuk perantaraan (intercooler) dengan tekanan boost sebanyak 0.75 bar (75 kPa; 10.9psi). CFE adalah akronim bagi “Charged Fuel Efficiency”.

Idea enjin CamPro turbo ini pertama kali didedahkan oleh Pengarah Urusuan Proton pada ketika itu, Datuk Syed Zainal Abidin pada 13 Disember 2008, berikutan trend pasaran semasa yang menggunakan enjin berseseran rendah dengan pengecas turbo seperti Volkswagen TSI dan Ford EcoBoost.

Spesifikasi CamPro CFE
Enjin CamPro CFE 1.6 (S4PH)
Mekanisma injap DOHC VVT bercas turbo 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,561 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 86 mm (3.4 in)
Kuasa maksima 140 PS @ 5,000 rpm
Tork maksima 205 Nm @ 2,000-4,000 rpm
Jenis minyak Petrol

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 10

Enjin ini mula digunakan pada tahun 2012 di Proton Exora, Proton Preve, dan Proton Suprima S. Terdapat pelbagai perubahan dilakukan di bahagian enjin seperti saiz 'stroke' 86mm, 'compression' 8:9:1 serta sistem VVT di bahagian 'intake' (walaupun ia tidak sama seperti CPS).

Generasi keempat – CamPro VVT

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 11

Pada September 2014, Proton telah melancarkan enjin CamPro dengan teknologi 'variable valve timing (VVT), dengan aplikasi pertamanya pada Proton Iriz. Berbeza dengan CamPro sebelumnya, enjin VVT ini mempunyai blok, piston, serta injap baru.

Disebabkan ia mempunyai banyak penambahbaikan serta modifikasi yang banyak, Proton tidak lagi menggunakan nama CamPro selepas itu.

Spesifikasi CamPro VVT
Enjin 1.3 VVT 1.6 VVT
Mekanisma injap DOHC 16 injap
Jumlah seseran (cc) 1,332 cc 1,597 cc
Lubang (Bore) 76 mm (3.0 in) 76 mm (3.0 in)
Lejang (Stroke) 73.4 mm (2.9 in) 88 mm (3.5 in)
Kuasa maksima 95 PS @ 5,750 rpm 109 PS @ 5,750 rpm
Tork maksima 120 Nm @ 4,000 rpm 150 Nm @ 4,000 rpm
Jenis minyak Petrol

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 12

Aplikasi terbaru untuk enjin VVT ini adalah sistem ECO Drive Assist pada Proton Persona 2016, Iriz 2017 serta Saga. Sistem ini menilai input pendikit pemandu dimana penunjuk hijau pada kluster instrumen akan menyala apabila kereta dipandu dengan cara yang menjimatkan minyak.

Versi hibrid

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 13

Terdapat juga versi hibrid yang tidak dijual untuk umum. Enjin ini hadir pada model konsep Proton Gen-2 pada March 2007. Ia dikenali sebagai sistem EVE (Efficient, Viable, Environmental) menggunakan enjin CamPro DOHC yang digabungkan dengan motor elektrik 30 kW, 144V.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 14

Matlamat utama sistem hibrid ini pada ketika itu adalah supaya ia boleh digunakan untuk model yang sedia ada di Proton. Walau bagaimanapun, tidak seperti sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda yang menggunakan bateri nikel-logam hidrida yang lebih besar, sistem EVE ini menggunakan bateri litium-ion yang ditempatkan di ruangan enjin.

Spesifikasi CamPro Hibrid
Enjin CamPro Hibrid
Kuasa maksima (enjin sahaja) 112 PS @ 6,000 rpm
Tork maksima (enjin sahaja) 148 Nm @ 4,000 rpm
Kuasa maksima (gabungan) 143 PS @ 5,500 rpm
Tork maksima (gabungan) 233 Nm @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 Nm berterusan)

Sistem Hibrid EVE akan dilengkapi 3 teknologi utama:-

  • Sistem henti-mula "hibrid mikro"
  • Teknologi hibrid selari sepenuhnya
  • Transmisi boleh laras berterusan (CVT)

Konklusi

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 15

Dengan pemilikan Geely sejak tahun 2017, enjin CamPro masih lagi dihasilkan dan mendapat tempat di hati para pengguna walaupun satu hari nanti enjin ini bakal digantikan dengan enjin yang jauh lebih baik.

Buat masa kini, enjin ini masih lagi mempunyai jangka hayat yang panjang kerana Proton bakal melancarkan Iriz dan Persona dikemas kini pada tahun 2021.

Evolusi enjin Campro - dari IAFM, CFE, VVT, ia adalah enjin kereta pertama oleh Proton sejak 2004! 16

Malah, tiada lagi ura-ura samaada Proton Exora dengan CamPro CFE bakal digantikan kelak setelah melalui proses kemaskini pada tahun 2019, termasuklah Proton Saga yang masih lagi menggunakan enjin Campro VVT 1.3.

Apa-apa pun, enjin CamPro ini sudah banyak berubah. Kami lampirkan juga koleksi video rebiu kereta Proton yang dilengkapi oleh enjin CamPro untuk tatapan anda. Mana satu varian enjin CamPro kesukaan anda?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda