window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Mersita · Nov 13, 2020 02:00 PM

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 01

Malaysia ada Litar Antarabangsa Sepang, litar Pasir Gudang, dan litar Dato’ Sagor. Kita pernah ada litar lumba di Batu Tiga yang pernah digunakan untuk pembikinan filem Jackie Chan iaitu “Thunderbolt”. Rakyat Malaysia memang gemarkan sukan permotoran dan kita telah cuba sedaya-upaya untuk membuatkannya lebih mudah untuk disertai.

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 02

Walaupun lumba trek terbukti lebih popular, satu sukan permotoran yang juga sangat diminati ialah sukan rali. Walaupun kita tak ada peringkat musim salji dan pokok pain tinggi-tinggi, tapi kita tetap sukakan sukan rali. Yang jadi mangsanya ialah ladang-ladang sawit kita yang luas terbentang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menerusi sukan rali, kita telah menyaksikan transformasi- transformasi kereta biasa pada tahap yang ekstrim bagi menyediakannya untuk dirali. Proton, pembuat kereta domestik kita, telah membuat pelbagai versi kereta rali yang punyai rupa bentuk mengancam dan bunyi talaan yang hebat.

Bagi menghargai pelumba off-road oleh Proton, kami ingin imbas semula beberapa kereta rali yang ‘lejen’ bagi mengingatkan kita terhadap semangat sukan ini. (Lancer Evo dengan lencana Proton kami cerita lain kali, ya).

Proton Iswara 4WD Turbo

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 01

Yang ini rasanya memang wajib diceritakan dulu sebelum kita pergi ke yang lain. “The OG” Proton Saga Iswara, dalam versi ralinya, memacu keempat-empat tayar dan tren kuasanya terdiri daripada enjin 2.0 liter turbo dengan kotak gear ‘sequential’ 6 kelajuan.

Ia cukup mengagumkan sehinggakan kereta seperti Mitsubishi Lancer Evo 3 rasa tercabar. Kereta rali Proton 4WD berpengecas turbo ini diharamkan oleh FIA setelah mereka menerima protes. Janaan kuasanya sangat tinggi iaitu pada 341 PS. ‘Differential’ hadapan dan belakang ialah jenis LSD dan ia ada ‘viscous coupling’ di tengah-tengah ‘drivetrain’nya.

PERT Proton Wira 4WD Turbo

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 02

Hakikat tentang Proton Wira yang bersaudara dengan Mitsubishi Lancer membuatkannya satu calon yang menarik untuk dijadikan kereta rali. Jika anda cukup gigih, anda boleh ubahsuai Proton Wira sebagai Mitsubishi Lancer Evo 3. Ketika kami pergi melihat kereta rali Proton dilelong, salah satu daripadanya ialah PERT Proton Wira 4WD Turbo.

Kereta tersebut telah dilelong dan kini dimiliki oleh individu beruntung yang pastinya mempunyai minat mendalam untuk sukan ini. PERT Proton Wira tersebut dengan nombor pendaftaran “BEJ 5459” dahulu dipandu oleh lagenda rali tempatan kita, Karamjit Singh, di rali Filipina. Kereta yang sama juga memenangi Selenia Rally pada tahun 2001, dan juga dipandu oleh beliau yang juga digelar “The Flying Sikh”.

Ketika acara lelongan itu dijalankan, kami lihat PERT Wira itu telah kehilangan beberapa bahagian, tapi enjin berpengecas turbonya dan roda rali warna putih ‘solid’ itu masih ditempatnya. Yang pasti, kami tak sabar untuk melihat pemuliharaan kereta ini setelah ia siap nanti.

Proton Waja Rally

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 03

Warna hijau Petronas yang dikenali ramai menghiasi kereta-kereta seperti Mitsubishi Lancer Evo VI dan VII. Walaupun kereta-kereta ini ditampal lencana Proton, kami tidak akan masukkannya dalam senarai kali ini kerana kereta produksinya tidak dijual dengan nama Proton.

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 04

Nampak gayanya kereta itu kemudiannya digunakan dalam warna tema yang sangat berlainan. Warna ‘hijau Petronas’ serta modifikasinya membuatkannya tampak sesuai sebagai kereta rali.

Proton Putra Prodrive

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 05

Gambar kereta ini mula muncul di internet suatu ketika dahulu dan ia jadi tular dikongsi oleh ramai peminatnya. Proton Putra Prodrive ‘rally spec’ ini tampak mengancam dan cantik pada masa yang sama. Ia merupakan satu projek oleh Proton dan Prodrive tapi kereta ini tidak dihantar untuk berlumba.

Kalaulah Proton Putra berlumba dalam spesifikasi ini, ia pastinya akan melonjakkan status Proton Putra dengan lebih tinggi selain daripada menjadi kereta koleksi semata-mata.

Proton Satria S2000

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 06

Proton Satria Neo S2000 membuatkan ramai jatuh cinta dengan Neo. Nama “S2000” bermaksud Super 2000 yang merupakan satu spesifikasi tren kuasa FIA. Dibangunkan oleh Mellors Eliot Motorsports (MEM), si gagah kuning ini merupakan salah satu kereta Proton yang paling ikonik dalam sejarah sukan permotoran. Ia juga mendorong ramai peminat-peminat muda untuk meminati jenama Malaysia itu.

Ia amat berlainan dengan Proton Satria Neo biasa yang dipandu di jalan raya awam. Enjinnya ialah enjin NA 2.0 liter yang asalnya unit enjin Renault 1.8 liter. Tiada turbo yang digunakan dan janaan kuasa maksimanya berada pada 282 PS @ 7,600 rpm manakala tork maksimanya pula ialah 271 Nm @ 7,000 rpm. Kuasa ini memacu keempat-empat tayar melalui kotak gear ‘sequential’ 6 kelajuan.

Proton Iriz R5

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 07

Kereta rali Proton yang paling baru dan paling ekstrim ialah si kenit Proton Iriz dan ia juga dibangunkan oleh MEM. Iriz R5 menggunapakai turbo dalam enjin Mitsubishi 4B11 1.6 liter. Kuasa maksimanya cukup tinggi pada 355 PS manakala tork maksimanya ialah 450 Nm. Kotak gearnya pula ialah jenis ‘sequential’ 5 kelajuan.

Dengan rupa bentuk badan yang sangat lebar dan bersudut, Iriz R5 cukup menggerunkan sebagai kereta rali kecil. Anda sebenarnya boleh beli Proton Iriz R5 jika anda mahu dengan harga RM 775,000.

Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia? 08

Sekarang memandangkan Proton telah memperkenalkan kereta-kereta baru seperti Proton X70 dan Proton X50, bolehkah kita lihat lebih banyak lagi kereta versi rali dalam produk domestik kita?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda