Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios?

Faisal · Nov 6, 2020 01:00 PM

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 01

Pada era 90-an, pengguna lebih menggemari kereta jenis sedan. Maka itu, Proton Wira dibangunkan. Di United Kingdom, Wira dikenali sebagai Persona. Proton Satria pula dikenali sebagai Persona Compact. Model seperti Proton Putra pula dikenali sebagai Persona Coupe.

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 02

Selama 2 generasi, Persona berada di dalam segmen C. Namun demikian, ia telah diubah pada tahun 2016 dimana ia dibangunkan berdasarkan Proton Iriz yang merupakan sebuah kereta segmen B.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Setelah 27 tahun berada di dalam pasaran, Proton Persona kekal sebagai sedan yang mampu dimiliki oleh orang ramai.

Kisah Proton Persona yang terkini sebenarnya bermula dengan kegemilangan Proton Wira yang kita cukup kenali.

1993 – Pelancaran Proton Wira

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 01

Proton Wira merupakan sebuah Proton saga tetapi dengan reka bentuk yang lebih bulat. Ia didatangkan dengan enjin 4G15 dan enjin 1.6L 4G92 yang lebih baru. Sewaktu pelancaran, Wira hadir dengan tiga varian iaitu 1.5 GL MT, 1.5 GL AT, dan 1.6 XLi AT. Pada masa yang sama, pembeli ditawarkan dengan pilihan bentuk badan jenis sedan dan "aeroback".

1995 – Wira facelift

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 02

Proton Wira menerima kemasan gril hadapan dan lampu belakang yang lebih baru untuk model tahun 1995. Di samping itu, Wira hadir dengan enjin diesel dan varian 1.3 GL MT untuk pembeli yang lebih mementingkan penjimatan minyak.

Pada tahun 1996, Proton Wira didatangkan dengan varian 1.8 EXi (SOHC). Untuk sebuah sedan yang berharga mampu milik ketika itu, varian ini agak menarik kerana ia didatangkan dengan brek anti-kunci (ABS).

Selain itu, varian ini turut digunakan sebagai unit homologasi perlumbaan untuk Federation of International Automobile (FIA). Pada tahun 1999, enjin 1.3L dan 1.5L dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api (fuel injection) untuk menggantikan teknologi karburetor yang sudah lapuk.

2004 – Proton Wira yang menghampiri pencen

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 03

Ketika ini, Proton Wira seperti sudah ketinggalan zaman. Toyota Vios NCP42 dan Honda City GD8 mula mendapat hati rakyat Malaysia. Untuk kali terakhir, Wira didatangkan dengan gril hadapan yang lebih baharu serta pelancaran versi Special Edition.

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 04

Pada tahun 2009, Proton Wira ditamatkan riwayatnya.

2007 – Proton Persona “Gen-2”

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 05

Proton Persona generasi kedua menampilkan perubahan yang ketara berbanding Proton Wira yang terdahulu. Malah Proton telah membangunkan model ini dari bawah dengan menggunakan enjin sendiri melalui teknologi CamPro. Enjin 1.6L ini dipadankan dengan pilihan transmisi automatik dan manual seperti yang ditawarkan oleh Proton Wira. Selain itu, Proton Persona hadir dengan versi aeroback yang dikenali sebagai Proton Gen-2.

Menurut pendapat ramai, Persona mempunyai penampilan yang lebih baik daripada Gen-2. Malah ia didatangkan dengan tempat menyimpan barang pada bahagian papan pemuka.

Pada tahun 2008, enjin 1.6L CamPro IAFM membuat debut dimana ia memberikan lebih tork dan putaran rpm tinggi yang lebih bertenaga. Pada tahun 2010, Persona menerima facelift dimana ia menampilkan rupa paras yang lebih anggun.

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 06

Pada tahun 2013, versi Super Value (SV) dilancarkan seperti Proton Saga SV ketika itu. Walaupun beberapa kelengkapan telah digugurkan, Persona SV masih memberikan tahap keselamatan yang mencukupi seperti brek cakera di belakang, 2 beg udara, brek ABS, dan kawalan kestabilan (ESC).

2016 – Persona memasuki segmen B

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 07

Tahun 2016 menyaksikan dua kereta Malaysia yang mengorbankan penampilan demi ciri praktikal iaitu Proton Persona dan Perodua Bezza. Walaupun kedua-dua kereta ini mempunyai ruang but yang cukup luas, ia mempunyai rupa paras yang agak kekok.

Untuk maklumat anda, Proton Persona 2016 dibangunkan berdasarkan platform Proton Iriz. Pembangunan ini adalah sama seperti Honda City GD8 yang dibangunkan berdasarkan platform Honda Jazz GD3.

Masih mengekalkan warisan CamPro, Persona 2016 dikuasai oleh enjin 1.6L CamPro VVT yang dipadankan dengan transmisi CVT. Untuk maklumat anda, penggunaan transmisi ini telah menimbulkan skeptikal dalam kalangan rakyat kerana mereka berpendapat bahawa ia tidak bagus sama sekali.

2019 – Persona dengan sentuhan “Infinite Weave” dan “Ethereal Bow”

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 08

Seperti Proton Saga, Proton Persona 2019 menampilkan rekaan yang lebih terkini untuk kelihatan serasi dengan Proton X70 dan adik-beradik yang lain. Selain gril “Infinite Weave”, Persona 2019 juga didatangkan dengan lampu siang LED pada bahagian bampar. Proton turut mempertingkatkan transmisi CVT yang digunakan untuk menjadi lebih lancar dan menjimatkan minyak.

Dengan penerajuan Honda City dan Toyota Vios di dalam segmen B, Proton Persona perlu bekerja lebih keras untuk menjadi lebih berdaya saing. Dengan kekuatan Proton yang sangat memberangsangkan sejak tahun 2019, mampukah mereka mengungguli siangan segmen B pada masa yang akan datang? Hanya masa yang dapat menentukan.

Evolusi Proton Persona – Bolehkah ia mengungguli City dan Vios? 09

Proton Persona yang akan datang

Dengan pengeluaran sejak 27 tahun yang lalu, Proton Persona/Wira manakah yang menjadi kegemaran anda?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Proton Persona 1.6 Standard MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru