window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia?

Faisal · Nov 1, 2020 12:00 PM

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 01

Proton ialah antara beberapa syarikat pengeluar kenderaan yang muncul pada era 80-an. Kereta pertama yang menggunakan nama Proton adalah Proton Saga. Dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Lancar Fiore, Saga merupakan antara keunggulan Malaysia sewaktu ia dirasmikan pada tahun 1985.

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 02

Untuk pengetahuan anda, sedan kompak ini dihasilkan untuk berharga mampu milik dan sesuai untuk keluarga muda. 35 tahun kemudian, ia masih relevan. Sedan ini masih memiliki kekuatan yang ada pada nama “Saga” selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepanjang pengeluarannya sejak 35 tahun yang lalu, Saga telah melalui beberapa perubahan. Masyarakat telah mengenali Proton Saga sejak dari zaman Magma, Megavalve, Iswara sehingga zaman Geely yang kita ketahui sekarang.

1985 – Proton Saga

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 01

Diperkenalkan pada tahun 1985, Proton Saga dibangunkan berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore. Walaupun baru 2 tahun dilancarkan, rupa paras yang bergarisan lurus dan bersegi tidak begitu bertahan kerana kereta pada era tersebut mengalami perubahan reka bentuk yang drastik.

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 02

Orion, Magma, dan Megavalve

Sewaktu itu, Proton Saga ditawarkan dengan tiga varian iaitu Orion, Magma (8-injap), dan Megavalve (12-injap). Ketiga-tiga varian didatangkan dengan pilihan enjin 1.3L dan 1.5L. Pada masa yang sama, varian Sirius pernah dihasilkan. Namun begitu, ia hanyalah sebagai prototaip yang pernah diuji di jambatan Pulau Pinang.

Untuk maklumat anda, Proton pernah cuba untuk menembusi pasaran Amerika tetapi Saga lebih gemilang di tanah air sendiri.

1992 – Proton Saga Iswara

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 03

Dibangunkan berdasarkan platform Mega Valve, Proton Saga Iswara diperkenalkan pada tahun 1992. Dengan penampilan yang lebih anggun, Iswara mempunyai reka bentuk yang mengikuti trend semasa. Pada tahun 1993, Proton Wira diperkenalkan. Menariknya, mereka berdua berlawan bahagian pasaran sesama sendiri.

Sepanjang pengeluarannya, Iswara sering digunakan sebagai teksi. Pembeli didatangkan dengan pilihan enjin 1.3L dan 1.5L melalui transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 3 kelajuan.

Untuk maklumat anda, versi “Special Edition” dilancarkan pada tahun 2001 sebagai badan ‘aeroback’. Menariknya, versi ini mempunyai talaan keselesaan dan pengendalian daripada Lotus.

2003 – Proton Saga LMST

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 04

Platform yang digunakan sejak keluaran Saga yang pertama menerima lelaran terakhir melalui Saga LMST. Ia hanya didatangkan dengan enjin 1.3L yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan. Menariknya, Saga LMST merupakan usaha Proton untuk menghasilkan Saga yang lebih sporty tetapi ia bukanlah sesuatu yang rakyat mahukan.

Pada tahun 2006, ia menerima beberapa kemaskini termasuk maniford ekzos dan extractor yang baru. Untuk varian pengenalan, Saga LMST tidak didatangkan dengan stereng kuasa (power steering). Dari segi keluaran, Saga LMST dihasilkan sehingga tahun 2008 dimana Perodua Myvi sudah diperkenalkan ketika itu.

2008 – Proton Saga baru

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 05

Tahun 2008 menyaksikan kelahiran Proton Saga yang baru. Platform yang digunakan sejak tahun 1985 telah dihentikan. Walaupun kelihatan lebih kompak, Saga baharu sebenarnya lebih luas.

Seperti model Proton yang lain, enjin Campro IAFM digunakan pada Proton Saga ketika itu. Pembeli ditawarkan dengan pilihan enjin 1.3L dan 1.6L. Sewaktu ini, Saga masih belum menerima transmisi CVT Punch yang cukup ‘terkenal’.

Turut dikenali sebagai Saga BLM, ia juga sering digunakan sebagai teksi seperti Iswara yang terdahulu.

2010 – Proton Saga FL dan FLX

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 06

Dengan ungkapan “FL” yang membawa maksud facelift, Saga ini pernah dipertonton sebagai “Kasturi” di pameran motorshow KLIMS 2013. Secara keseluruhan, ia menerima penampilan yang lebih moden. Selain itu, ciri keselamatan seperti beg udara penumpang juga diperkenalkan buat kali pertama. Setelah 8 bulan dilancarkan, Saga FLX diperkenalkan dimana ia didatangkan dengan transmisi CVT.

Untuk menyesuaikan dengan transmisi ini, enjin IAFM yang sedia ada telah menerima sedikit talaan dimana ia dikenali sebagai IAFM+. Sepanjang pengeluarannya, Saga SV (Super Value) diperkenalkan untuk memberikan nilai yang lebih berbaloi kepada pembeli.

2016- Proton Saga VVT

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 07

Pada tahun 2016, Proton Saga generasi ketiga diperkenalkan. Ia mula dikategorikan sebagai sedan segmen A untuk membezakannya dengan sedan segmen B seperti Proton Persona.

Enjin IAFM+ pula telah digantikan dengan enjin 1.3L VVT daripada Proton Iriz. Sebagai generasi baru, ia mempunyai gril hadapan dengan lapisan krom seperti Proton Perdana untuk memberikan imej sebagai ahli keluarga Proton.

Untuk maklumat anda, ciri keselamatan seperti kawalan kestabilan (ESC) yang didatangkan pada varian yang teratas adalah yang pertama buat Proton Saga.

2019 – Proton Saga VVT “Infinite Weave”

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia? 08

Setelah pelancaran Proton X70, Proton Saga juga memperlihatkan perubahan pada penampilan luaran. Wajah hadapan telah menerima reka bentuk Proton yang terkini melalui gril “Infinite Weave”. Di samping itu, lampu kabus telah digantikan dengan lampu siang LED. Perubahan yang terbesar pada Proton Saga 2019 ini ialah pengenalan transmisi automatik 4 kelajuan yang menggantikan transmisi CVT Punch yang terdahulu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1985, Proton Saga telah memberikan beberapa perubahan untuk keperluan masyarakat semasa. Secara keseluruhan, Proton Saga yang manakah menjadi kegemaran anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda