window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI

Mersita Ā· Dec 11, 2022 10:00 AM

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 01

Apa yang buatkan ramai orang suka kereta BMW? Adakah kerana pengendaliannya? Atau mungkin kerana ruang kabinnya yang premium? Barangkali juga kerana kemegahan menjadi pemilik kereta BMW?

Anda mungkin tak terfikir satu ā€˜kualitiā€™ yang membuatkan ramai mencari kereta terpakai BMW; iaitu susut nilainya yang agak pantas dan menjadikannya antara model kereta paling menarik untuk dipertimbangkan di pasaran kenderaan terpakai.

Baru-baru ini, kami ada menulis tentang BMW F30 330e yang juga mempunyai faktor sama, lebih-lebih lagi bagi 330e yang mungkin susut nilai lebih teruk disebabkan oleh stigma popular berkaitan model-model hybrid di Malaysia. Walau bagaimanapun, keseluruhan rangkaian F30 tidak terlepas daripada kesusutan nilai, dan artikel ini akan menjelaskan segala info yang anda perlu tahu tentang varian-varian berenjin pembakaran biasa bagi F30 facelift; F30 LCI.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 01

Kenapa F30 LCI pilihan yang bagus?

Tak dapat disangkal lagi, BMW 3-Series ialah penanda aras bagi sports sedan premium. Penanda aras ini semakin lama semakin naik dengan kemunculan hampir setiap generasi baharu.

Walaupun ada generasi yang kurang memuaskan, F30 terkecuali daripada kekurangan ini. Walaupun 3-Series G20 terbaru menawarkan pemandu pengendalian lebih mantap, ia terpaksa mengorbankan tahap keselesaannya. Ini menjadikan F30 sebuah kereta yang menggabungkan pengendalian dinamik dan juga keselesaan memuaskan; menepati ciri-ciri sports sedan yang bagus.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 02

Tambahan pula, F30 adalah antara yang paling ā€˜hensemā€™ dan menawan dalam kalangan model-model 3-Series. G20 mempunyai muka hadapan yang terlalu padat tetapi F30 mempunyai keseimbangan yang bagus dari segi perincian dan kekemasan.

Selain itu, sudah banyak bengkel-bengkel pakar untuk kereta BMW yang arif tentang segala masalah atau isu dihadapi F30. Ini bermaksud pemeriksaan boleh dilaksanakan dengan pantas dan kosnya juga agak rendah. Apa-apa pun, jangan anggap ia murah ā€“ agak-agak la, BMW kot.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 03

Rim M Sport menggiurkan

Apa-apa pun, susut nilai ini hanyalah untuk nilai kenderaan itu sendiri dan pastinya bukan untuk kos jagaannya. Oleh itu, walaupun anda mampu ā€˜angkatā€™ sebuah F30 terpakai, anda juga perlu pastikan yang anda mampu menampung kos jagaannya. Jangan ambil tayar Linglong pula untuk dipasangkan dengan rim M Sport.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 04

Berapa banyak varian F30 LCI yang ada?

F30 LCI dilancarkan pada November 2015. Nak senang? Google saja model 2016.

Terdahulu, apabila ia diperbaharui, ada 5 varian yang boleh didapati.

Varian-varian BMW F30 3-Series LCI
Varian Enjin dan Kuasa Harga unit serba baru
318i Luxury Line B38 1.5 liter Inline-3 (136 HP / 220 Nm) RM 208,888
320i Sport Line B48 2.0 liter Inline-4 (180 HP / 290 Nm) RM 238,800
320i M Sport B48 2.0 liter Inline-4 (180 HP / 290 Nm) RM 258,888
320d M Sport B47 2.0 liter Inline-4 (190 HP / 400 Nm) RM 268,800
330i M Sport B48 2.0 liter Inline-4 (252 HP / 350 Nm) RM 308,800

Cara paling senang untuk membezakan LCI dengan model lain adalah melihat pada lampunya kerana lampu hadapan direka semula. Lampu breknya juga sudah tampil dengan ā€˜signatureā€™ bentuk L.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 05

Dari segi dalaman, 318i Luxury Line menggantikan model sebelumnya, 316i, dengan enjin Prince yang bermasalah. Janaan kuasa masih sama walaupun kurang satu silinder dan lampu hadapan LEDnya kini sudah standard bagi semua rangkaian. Jika anda mahukan 318i anda dengan kemasan kabin berwarna coklat, anda hanya boleh dapatkannya dengan cat badan warna hitam, kelabu atau putih. Kemasan ruang dalaman berwarna hitam eksklusif hanya untuk cat badan berwarna perak dan biru.

Kit penting lain-lain yang penting termasuklah stereng pelbagai fungsi bersarung kulit ā€˜sportsā€™, pencahayaan ambien, kerusi hadapan berpelarasan elektronik, dan kawalan peluncuran dengan fungsi brek.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 06

Jika ā€˜upgradeā€™ lagi ke rangkaian 320i Sport, perincian krom dalam trim Luxury Line digantikan dengan perincian hitam berkilat yang lebih kemas dan kerusi penumpang hadapan kini lebih ā€˜sportyā€™. Sistem audionya dinaiktaraf tapi pilihan kemasan kabin terhad kepada rona hitam sahaja.

320i M Sport dan 320d M Sport kedua-duanya serupanya dari segi kelengkapan, kecuali enjinnya. Anda boleh dapatkannya dengan rim M Sport 18 inci, body kit M Sport dan suspension M Sport yang lebih rendah sedikit serta lebih keras bagi kualiti pengendalian lebih baik. Namun, yang lebih penting, anda boleh dapatkan stereng sedap M Sport yang masih dianggap antara yang terbaik dari segi ā€˜gripā€™.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 07

Lampu brek adalah antara cara terbaik untuk membezakan LCI dengan yang lain

Trim M Sport seperti diterangkan di atas didatangkan sekali dengan sistem infotainment Navigation Business, 320d pula diberi sistem infotainment Navigational System lebih premium.

Akhir sekali, 330i M Sport. Sebagai model flagship bagi 3-Series ā€˜non-performanceā€™, ia juga dilengkapi dengan semua kelengkapan M Sport namun dengan tambahan suspension Adaptive M Sport, stereng variable sports, dan heads-up display.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 08

Tak kisahlah varian apa yang anda pilih, semuanya didatangkan dengan transmisi automatik ZF 8 kelajuan yang padu dan antara paling versatil di jalan raya. ā€˜Gearingā€™nya sempurna, menyembunyikan kekurangan tork di dalam 318i, pada masa sama beralih lancar antara gear, dan tanpa ā€˜lagā€™ ketara pada dwi-klacnya apabila dipandu semakin laju.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 09

Apakah harga pasaran bagi rangkaian F30 LCI?

Harga pasaran bagi 318i dari tahun 2016 bermula dari sekitar RM 85k sehingga RM 115k, manakala model akhir tahun 2019 dijual pada harga antara RM 110k sehingga RM 150k.

Jika anda tak gemarkan 3-Series 3 silinder, 320i susut harga antara RM 95k sehingga RM 135k.

Juga baca: Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai

Apabila bercakap tentang tork, turbodiesel memang ā€˜winā€™. 320d jadi pilihan kami dan ia dijual pada harga sekitar RM 135k, tapi perlu diingatkan bahawa unit dijual di pasaran terpakai adalah terhad. Oleh itu, mungkin agak sukar untuk anda jumpa unit berkondisi baik.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 10

Akhir sekali, 330i. Segala kelengkapan tambahan yang ada memang tambah kos ā€“ dengan julat harga antara RM 140k sehingga RM 175k.

Kenapa jarak julat harganya agak besar adalah disebabkan dua faktor; BMW Premium Selection dan waranti. Pendek cerita, kereta Premium Selection pastinya lebih mahal manakala model-model tahun terkini masih lagi berada di bawah waranti 5 tahun dari pengilang. Siapa tak nak, kan?

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 11

Mana satu patut anda pilih?

Seperti yang kami katakan tadi, kami peminat tegar enjin turbodiesel dan walaupun tork padu 320d tidak begitu sesuai dengan chassis F30, kombo tork dan penggunaan minyak yang rendah sudah cukup untuk buat ramai jatuh cinta.

Juga baca: BMW 330 Li (G28) M Sport 2021 dilancarkan di Malaysia, bermula RM 290k

Jika anda masih juga tidak berminat dengan 320d, anda mungkin akan suka 320i ataupun (kalau ada bajet lebih) 330i.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 12

Stereng M Sport memang sedap, ramai tak kisah bayar mahal

Apa-apa pun, kedua-duanya dijual sekejap saja di pasaran sebelum digugurkan dan digantikan dengan model bertrim lebih tinggi, 318i, dan hybrid 330e.

Oleh yang demikian, masih banyak unit 318i dijual di pasaran dan walaupun secara amnya enjinnya tidak bermasalah, kami tergolong dalam kumpulan pembeli yang tak gemar dengan 3-Series 3 silinder.

Jika anda tak kisah enjinnya jenis diesel, 320d jadi saranan pertama kami. Namun, jika anda mahukan jenis petrol, pilihan varian lain juga sudah cukup bagus.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 13

Masalah lazim bagi F30 LCI

Bagi aspek ini, kami dapatkan nasihat daripada mekanik berpengalaman di Munich Precision, salah satu bengkel persendirian yang pakar dengan kenderaan BMW. Kami dapatkan buah fikiran Pengarah Urusannya, Owen Riley, yang memberitahu kami tentang anggaran kos penyenggaraan serta perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kereta BMW.

Kebanyakan isu seperti minyak bocor dan kegagalan timing chain sudah ditangani dengan enjin-enjin baru dalam model facelift. Oleh itu, pemilik tak perlu risau tentang hal ini.

Juga baca: Terpakai vs Baru - patutkah anda beranikan diri untuk beli BMW 3 Series terpakai berbanding Honda City baru?

Tapi, Owen ada menyebut tentang kerosakan speed sensor dan ia agak kerap berlaku. Ini boleh menjejaskan beberapa fungsi bantuan pemanduan seperti ABS dan kawalan penstabilan. Masalah ini boleh dikesan apabila panel meter memaparkan amaran ā€œdriving stabilisationā€ dan tekanan tayar. Ia boleh diganti dengan kos sekitar RM 300.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 14

Satu versi dimana enjin B48 menguasakan Toyota Supra 2.0L, hebat kan?

Satu lagi masalah lazim ialah gegaran teruk pada steering rack. Jika ada bajet, yang baru akan memakan kos hampir 5 angka. Tapi, jika steering rack sedia dia diā€™refurbishā€™, kosnya bermula dari sekitar RM 1,300.

Selain itu, Owen juga mengutarakan isu hos plastik dari expansion tank ke radiator yang boleh jadi rapuh. Anda berkemungkinan kehilangan coolant dan mendapat amaran ā€œlow coolantā€. Penggantian hos baru akan memakan kos sekitar RM 200.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 15

Penyenggaraan berkala tidak boleh dielak dan Munich Precision akan mengecaj anda RM 536 untuk servis normal yang merangkumi minyak enjin serta filter. Servis major termasuklah penggantian spark plug dan filter lain-lain pula akan memakan kos kira-kira RM 1,300.

Brake pad hadapan dijual pada harga RM 770 manakala untuk di belakang murah sedikit iaitu RM 642. Jika rotor anda rosak, perbelanjaan anda adalah kurang RM 2,000 termasuklah brake pad.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 16

Kami selalunya skeptikal akan pengilang yang mengatakan bendalir dijualnya boleh tahan selama-lamanya dan tak perlu ditukar. Pada hemat kami, ini memang salah sama sekali. Owen menyarankan minyak ATF patut ditukar pada sekitar 80,000 km dan pada masa sama, anda juga patut tukar minyak rear differential. Ingat, jangan kedekut bab ni!

Plastik Jerman sememangnya diketahui untuk tidak tahan lama dengan cuaca panas kita di Malaysia. Trim di pemegang pintu sebelah dalam F30 anda lama-kelamaan akan cair. Nasib baik ia boleh diganti dengan harga sekitar RM 250 bagi setiap pintu.

Maintenance dan kos servis untuk F30 LCI
Alat ganti / Servis Kos Nota
Servis biasa RM 536 Minyak dan filter
Servis major RM 1,300 + spark plugs & filter lain-lain
Wheel speed sensor ~ RM 300 per unit
Gegaran steering rack ~ RM 1,300 refurbished
Brake pad depan RM 770  
Brake pad belakang RM 642  
Rotor + pad ~ RM 2,000 Sepasang rotor dan pad
Coolant tank hose ~ RM 200  
Pemegang pintu sebelah dalam RM 250 per unit

Ingat, jangan lupa ā€˜checkā€™ perkara ini!

Terma-terma ā€œkereta terpakaiā€ dan ā€œmileage diubahā€ memang sering kita dengar. Pasaran kereta terpakai dicemari sikap tidak bertanggungjawab ini dan pengguna perlu peka tentang kemungkinan perkara ini terjadi.

Agak sukar untuk kita pastikan mileage sebenar sesebuah kereta tanpa bantuan pakar. Antara petanda ketara sesebuah kereta terpakai telah diganggu mileagenya adalah ketiadaan rekod penuh servis-servis terdahulunya. Jika kereta terpakai yang masih baru tiada rekod ini, berkemungkinan ada perkara kurang jujur dilakukan keatas kereta berkenaan.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 17

320i Sport tiada rupa agresif seperti kit M Sport

Jika anda ada bajet, pilihlah model-model tahun terbaru kerana ia masih dijamin di bawah waranti pengilang dan ini boleh memastikan mileagenya tidak diubah-ubah.

Perlu diingatkan juga tentang banjir besar yang melanda pada hujung tahun lalu dan anda perlu pastikan kereta tiada tanda-tanda pernah rosak disebabkan banjir.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 18

Malah, cara terbaik untuk memastikan pembelian anda berbaloi adalah dengan mendapatkan pemeriksaan kereta secara menyeluruh oleh bengkel profesional. Munich Precision kan ada, anda hanya perlu bayar RM 192. Jangan kedekut, pastikan kereta yang anda ingin beli berada dalam keadaan tip-top terlebih dahulu.

Apabila impian anda dah tercapai dan F30 LCI terpakai ini sudah boleh dibawa pulang, ingat; tukar semua minyak dan bendalir kereta di setiap bahagian.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 19

Kesimpulan

3-Series sememangnya premium sports sedan impian ramai dan daya tarikannya tidak dapat disangkal lagi.

Ya, memang benar G20 yang lebih baharu menawarkan pengendalian lebih bagus, tapi keselesaannya terpaksa dikorbankan. F30 belum lagi sampai tahap ini tapi pengendaliannya masih cukup hebat dan segalanya yang anda mahukan daripada 3-Series.

Jika anda dah memang ā€˜setā€™ nak angkat sebuah F30, tak payah fikir panjang. Beli saja.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 20

Sterengnya mungkin tak cukup seksi untuk anda, tapi ā€˜gripā€™nya mantap

Ingat, bawa kereta ā€œbaruā€ anda ke bengkel untuk jalankan pemeriksaan sebelum membuat pembelian dan cuba dapatkan kereta anda dari Premium Selection kerana ia dijamin tulen tanpa perubahan pada mileage. Bukan itu saja, ia juga disertakan dengan waranti tambahan!

Selain itu, Carsome juga ada beberapa unit di bawah program Carsome Certified yang disertakan dengan jaminan pulangan wang semula 5 hari dan juga waranti 1 tahun. Jom tengok beberapa unit F30 yang dijual di Carsome di pautan ini.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 21

Pilihan paling selamat untuk beli BMW pra-milik

Jika anda perlukan pakar untuk periksa dan baiki F30 LCI anda, kunjungi Munich Precision di Lot 9, Jalan 51A/241, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor. Klik sini untuk dapatkan nombor telefon mereka.

F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI 22

Jangan risau, sebelum beli, anda boleh minta Munich Precision untuk periksa kereta berkenaan terlebih dahulu dengan kadar upah berpatutan
  • 2017 BMW 3 30E 2.0

    RM 140,000
    RM 1,534
    /bulan

    75,591 km

    7 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 BMW 3 20I 2.0

    RM 116,800
    RM 1,280
    /bulan

    89,376 km

    9 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 BMW 3 16I (CKD) 1.6

    RM 94,000
    RM 1,030
    /bulan

    104,736 km

    9 years

    Petaling Jaya

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda