window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji!

Khairil ยท Nov 9, 2022 06:00 PM

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 01

Untuk menyatakan kekecewaan terlepas kejuaraan dunia MotoGP musim ini, bintang Yamaha, Fabio Quartararo menjadi pelumba pertama turun ke litar bagi sesi ujian rasmi MotoGP di Valencia, semalam tetapi 'input' yang diperoleh pelumba itu agak mengecewakan.

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 02

Quartararo menamatkan perlumbaan di Valencia di tangga keempat

Yamaha menyediakan pelbagai komponen baharu untuk jentera Yamaha M1 2023 yang diujinya tetapi apa yang paling diberi tumpuan adalah kemas kini di bahagian enjin.

Berakhir sesi ujian itu, Quartararo sekadar mencatatkan masa kesembilan terbaik keseluruhan lantas tak dapat menahan dirinya daripada mengkritik Yamaha dengan menyatakan enjin jentera bagi musim 2023 tidak bertambah laju berbanding enjin 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 01

Quartararo (kiri) bersama juara dunia MotoGP 2022, Francesco Bagnaia ketika majlis anugerah MotoGP 2022

"Saya terkejut kerana enjin ini sepatutnya lebih laju sedikit berbanding yang kami uji di Misano dan Barcelona tetapi saya mendapatinya sama," kata Quartararo. "Kami membandingkan kelajuan dan ia adalah sama.

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 02

"Jadi kami perlu menganalisa apa yang berlaku kerana kami mengharungi dua ujian, Misano dan Barcelona kemudian Cal (Crutchlow) melakukan ujian di Motegi dan Jerez dan mereka melihat perbezaan terhadap enjin (baharu).

"Tetapi ketika ini, tiada perbezaan. Jadi kami perlu menganalisanya dengan teliti apa yang berlaku."

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 03

Ditanya sama ada dia kecewa, juara dunia 2021 itu membalas" "Ya, sudah tentu. Ia bukan sesuatu yang sama mahu untuk menamatkan tahun ini, dan akhirnya ada sesuatu yang tidak betul berlaku.

"Bukan sesuatu yang mustahil yang di Misano dan Barcelona kami merasa sedikit kemajuan dan di sini langsung tiada."

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 04

Franco Morbidelli

Mengikut statistik, catatan terpantas dilakukan Quartararo adalah 327.4 km/j. Ia jauh berbanding 335.4 km/j yang dilakukan penyandang juara daripada Ducati, Francesco Bagnaia. Seorang lagi pelumba Yamaha, Franco Morbidelli turut hanya melakukan catatan 325.8 km/j.

"Secara normal, enjin ini mempunyai lebih banyak kuasa kuda berbanding di Jerez (seminggu) lalu dan Cal mencubanya dan ia jelas lebih baik. Tetapi ketika ini, catatan terpantas masih sama dengan tahun lalu.

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 05

"Jadi sudah tentu ada masalah. Saya tidak menyatakan enjin itu bermasalah tetapi sesuatu terjadi yang membuatkan kami tidak dapat kuasa tambahan yang kami jangkakan. Ia bukan ujian yang sia-sia tetapi perasaannya pelik. 

"Di Misano apabila saya menukar gear, saya merasakan sesuatu pada enjin tetapi pada hari ini (semalam), tidak!," katanya.

Fabio Quartararo pelik, enjin Yamaha M1 untuk kempen 2023 tak 'tambah laju' ketika diuji! 06

Quartararo meraikan kejayaan meraih kedudukan kedua keseluruhan MotoGP 2022 bersama krew pasukannya.

Hanya dua pelumba Yamaha melakukan ujian di Valencia kerana Crutchlow tidak mengambil bahagian manakala pasukan satelit, RNF sudah pun beralih angin kepada jentera Aprilia bagi musim 2023.

Ujian rasmi MotoGP berikutnya dijadual berlangsung di Sepang pada Februari tahun depan.

Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, 'Pecco' Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!

Sumber imej: FB Monster Energy Yamaha MotoGPFabio Quartararo

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda