window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke?

Zamil Syaheer · May 30, 2021 02:00 PM

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 01

Pasti sudah jadi kebiasaan anda berjalan ke kawasan parkir terbuka dan anda lihat kereta-kereta dengan penggilap cermin depan (wiper) diangkat (di posisi servis). Ada yang berkata ia boleh memanjangkan jangka hayat bilah wiper, dan ada yang berkata tiada guna.

Jadi, patutkah anda angkat wiper anda (di posisi servis) bila parkir kereta di tempat terbuka?

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 02

Adakah masuk akal untuk melakukannya dalam iklim panas di Malaysia? Debat serupa berlaku di kalangan pemandu kenderaan yang tinggal di iklim sejuk.

Baik, elemen utama yang merosakkan bilah wiper ialah haba atau panas melampau semasa ia ditinggalkan terlalu lama di bawah panas matahari. Bilahnya akan mengering dan berubah bentuk di bawah panas matahari dan sinar UV, menjadikannya kurang berkesan.

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 03

Pendedahan yang lama terhadap sinaran haba dan UV akan membuat bilah pengelap haus dengan lebih cepat.

Jadi, ada yang berkata lebih baik wiper diangkat. Disebabkan ia ditekan ke atas cermin depan, ada yang berkata bilah wiper ini akan berubah sedikit bentuknya mengikut bentuk cermin depan.

Betulkah kenyataan ini? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 01

'Confirm' tahan lama, atau sekadar mitos?

Ada sebarang kebaikan mengangkat bilah wiper?

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 02

Mari kita lihat kepada beberapa perkara.

Ya, haba boleh mengubah bentuk bilah wiper anda, tetapi sama ada ia diangkat (ke posisi servis) atau tidak semasa ditinggalkan, ia tetap akan mengering dan terubah bentuk.

Ya, meninggalkan bilah wiper (tidak pada posisi servis) akan menyebabkannya terubah bentuk mengikut lengkungan cermin depan.

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 03

Walaubagaimanapun, cuba fikirkan – Bilah wiper anda tetap akan terubah bentuk semasa anda memandu dalam cuaca panas, bukan hanya semasa diparkir.

Jadi, berapa banyak sangatkah kesan atau kebaikan yang kita dapat (jika ada) dengan mengangkat bilah wiper ini?

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 01

Jika anda tidak mencuci kereta, pengelap meninggalkan kesan kotoran yang jelas di kaca depan.

Dan ya, habuk dan kotoran akan terkumpul di bilah wiper pada posisi tetapnya, tetapi perkara sama tetap terjadi semasa kita memandu.

Nampaknya, mengangkat bilah wiper semasa parkir tidak begitu memberikan perbezaan ketara kepada jangka hayatnya.

Untuk mengangkat bilah wiper setiap kali parkir juga akan mengundang masalah leceh juga. Sekiranya hujan lebat dan anda perlu bergegas masuk kereta, pasti berlaku kesulitan untuk anda menurunkan wiper dahulu. Masuk dalam kereta, badan sudan basah kuyup.

Jadi, bagaimana kita boleh panjangkan jangka hayat bilah wiper?

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 02

Apa yang kita boleh lakukan untuk memastikan bilah wiper tahan lebih lama? Ini beberapa perkara yang anda boleh amalkan:

  1. Bersihkan bilah wiper
  2. Bersihkan cermin
  3. Parkir di kawasan redup

1. Bersihkan bilah wiper.

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 03

Imej dari Stuff.

Dari masa ke masa, habuk dan kotoran berkumpul dan merosakkan hujung bilah wiper, tidak bagus. Kotoran-kotoran ini juga menyebabkan pemegang bilah haus lebih cepat.

Pastikan bilah wiper sentiasa bersih dan ia pasti tahan lebih lama. Sekali-sekala, hanya lap dengan kain lembap.
 

2. Bersihkan cermin

 

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 01

Imej dari carcarehunt.

Sama seperti bilah wiper, habuk dan kotoran juga terkumpul pada cermin. Jadi cermin juga harus sama dibersihkan seperti bilah wiper.

Lebihan habuk dan kotoran pada cermin depan pastinya menyebabkan bilah wiper bekerja lebih, seterusnya memendekkan jangka hayat wiper.

3. Parkir di kawasan redup

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 02

Cara terbaik untuk memastikan bilah wiper anda tahan lama ialah sentiasa parkir di kawasan redup jika boleh. Disebabkan kita sudah tahu haba dan sinar UV merosakkan bilah wiper ini, mengapa tidak kita elakkan semua terus? Mudah, bukan?

Ini bukan sahaja menjaga bilah wiper tetapi juga komponen-komponen getah lain dalam kenderaan anda juga. Sentiasa parkir di kawasan redup ialah tabiat yang baik anda boleh amalkan untuk menjadikan komponen kereta anda tahan lebih lama.

Kesimpulan

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 03

Bilah wiper sama ada diangkat atau tidak semasa diparkir, tetap akan rosak cepat jika terdedah kepada cahaya matahari. Walaupun wiper tidak diangkat akan menyebabkannya mengikut bentuk cermin depan, ia tetap berlaku semasa anda memandu di cuaca panas.

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 04

Jadi, mengangkat bilah wiper semasa diparkir akan memberikan kesan yang sangat, sangat sedikit. Melainkan kereta anda jarang digunakan atau akan ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama, lebih baik mengamalkan tabiat yang kami kongsikan untuk membantu memanjangkan jangka hayat bilah wiper anda.

Fakta atau auta: Angkat 'wiper' boleh buat ia tahan lama, betul ke? 05

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda